Setiap gadis mengimpikan lelaki yang ideal sebagai teman hidup mereka. Ada yang
mahukan lelaki yang kacak bergaya, ada pula yang mengharapkan lelaki yang
dicintai setia dan menyayanginya dengan sepenuh hati.
Seorang lelaki
miskin telah jatuh cinta dengan anak gadis yang kaya raya. Satu hari lelaki ini
telah mengambil keputusan untuk meluahkan rasa hatinya pada si
gadis.
Tapi standard yang diletakkan gadis ini berbeza dah lebih tinggi
dari gadis-gadis yang lain.
Jawapan si gadis ; “Macam mana awak boleh
terfikir semua ni? Saya tak mungkin dapat mencintai awak. Lupakan saya dan
carilah gadis lain yang sama level dengan awak.”
Cintanya ditolak oleh si
gadis dengan alasan dia tak sanggup untuk hidup dengan lelaki yang tidak mampu
menampung gaya hidup sebagaimana yang disediakan oleh orang tuanya.
Atas
rasa cintanya yang mendalam kepada si gadis, lelaki miskin tak dapat lupakan
cinta pandang pertamanya ini.

10 tahun kemudian mereka terserempak di sebuah pusat membeli-belah. Si
gadis dengan segera dapat mengenali siapakah lelaki yang berdiri di depannya dan
berkata;
“Awak apa khabar? Saya sekarang dah kahwin dengan seorang lelaki
yang bijak dan gaji dia $15,700 sebulan. Awak boleh lawan ke gaji banyak
tu?”
Si lelaki hanya mendiamkan diri dan cuba menahan air matanya dari
menitis apabila mendengar ucapan berbisa bak sembilu dari wanita yang pernah
bertakhta di hatinya ini. Tiada sepatah kata yang keluar dari
mulutnya.
Beberapa ketika kemudian, muncul suami kepada wanita ini.
Tetapi sebelum si wanita sempat berkata-kata, suaminya telah menegur lelaki ini
terlebih dahulu dengan nada girang;
“Selamat petang tuan. Nampaknya tuan
dah berkenalan dengan isteri saya”
Si lelaki membalas sambil tersenyum “
Selamat petang kembali Tuan…….?
“Saya Kamal tuan!” Si suami kemudiannya
berpaling kepada isterinya dan berkata;
“Sayang, kenalkan ni lah boss
abang. Dialah pemilik projek bernilai $100 juta yang abang uruskan tu.”
Si wanita terdiam kaku apabila mendengar apa yang suaminya telah
perkatakan.
Kemudiannya si lelaki berkata sambal meminta diri; “Tuan
Kamal, saya ada urusan penting perlu diuruskan. Seronok dapat bertemu dengan
tuan di sini dan berkenalan dengan isteri tuan. Saya minta diri dulu.”

Untuk beberapa minit, pasangan ini hanya mampu memandang si lelaki yang
sedang berlalu pergi.
Baru tersedar dari kejutan yang berlaku, si wanita
bertanya kepada suaminya dalam nada tidak percaya; “Itu boss abang?”
“Ya
sayang. Dia seorang yang sangat merendah diri tapi hidupnya agak menyedihkan.
Dengar cerita satu ketika dulu dia pernah jatuh cinta pada seorang gadis tapi
cintanya ditolak mentah-mentah hanya kerana dia seorang yang
miskin.”
“Disebabkan itu, dia bekerja keras. Oleh kerana dia juga seorang
yang bijak, kini dia seorang yang berjaya. Pendapatan bulanan dia bernilai
jutaan ringgit sebulan tapi malangnya dia masih tak dapat lupakan gadis yang
pernah dicintainya satu ketika dulu. Sampai sekarang dia masih tak
kahwin.”
Si suami kemudian menyambung lagi; “Beruntungnya perempuan tu
jika dia terima lelaki ni dulu.”
Terkejut mendengar ucapan suaminya, si
wanita hanya mendiamkan diri.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat
kita semua. Jangan pernah menghukum dan menghina seseorang hanya kerana
kemiskinannya pada ketika ini. Mereka juga berhak untuk berusaha bagi merubah
nasib diri sehingga berjaya dan berada di puncak.
Sumber: Thevocket
0 Response to "Cinta ditolak kerana miskin, apa yang berlaku 10 tahun kemudian mengejutkan si Gadis"
Post a Comment