
Kali ini
penulis hidangkan sebuah kisah benar mengenai seorang pramugari yang telah
ditiduri oleh hantu raya. Sepasukan ahli perubatan Islam hadir untuk membantu
membuang gangguan tersebut.
Cuaca
pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai,
Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja. Pada masa
itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk
membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Sedang
dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena
terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.Dek
terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin
seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek
berwarna hitam itu lenyap.
“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.
Sejak
setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya.
Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak
lelakinya.
Malah,
adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar
berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya
enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.
Ada
sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk
hitam berbulu yang menemani tidurnya.
“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.
SEMASA
azan dilaungkan terdapat bunyi seakan-akan almari diketuk.
“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.
Dia tidak
sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan,
bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.
Setelah
bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena
mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.
“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.
Menyedari
keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan
rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke
rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor
ular besar berwarna hitam.
Ular itu
bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.
“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.
Menurut
seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita
akibat disihir dan diganggu hantu raya.
“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.
Tambah
Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh
melakukan persetubuhan dengan mangsa.
“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.
Baru-baru
ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah
Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.
Setiap
bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk
menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa
oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan
azan.
Ketika
Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu,
perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.
Bunyi
jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali
sebelum ia berhenti.
Jelas
Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut
akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti
mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.
“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.
Credit PRU14
0 Response to "Derita Pramugari Ditiduri Hantu Raya"
Post a Comment