Bismillah. Kisah hiking Bukit
Tabur East pagi Jumaat 30 Oktober 2015 yang harmoni.
Al-kisah, kami naik bertiga.
Yang cukup kudrat dan kemampuan. Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk sampai
ke atas.
Sampai je kat puncak, terjumpa
geng sama UIA. Ketiga-tiganya lelaki. Tengah breakfast sambil
berborak.
Aku perasan yang sorang ni
tengah duduk, ada lebihan jeans meleret atas tanah.
Kaki dia. Kaki dia takde. Dan
aku kenal dia. Kenal as in familiarlah mukanya. Selalu jumpa kat centre UIA
dengan wheelchair. Nama dia Adam.
Masa tu rasa amazing. Aku tadi
hike sikit dah tercungap-cungap. Yelah takde fitness macam orang lain kan.
Pancit macam apa. Berhenti banyak kali. Tapi Alhamdulillah sampai jugak kat atas
tu.
Tapi macam mana Adam ni boleh
sampai atas?
Masa tu dah memang rasa
Subhanallah dah. Ya Allah. Kental gila mamat ni.
Balik UIA, member yang naik
sekali share cerita. As dia terdengar conversations among them sebab dia sampai
puncak dulu tadi.
Adam bersuara;
"Terima kasih korang sebab
sudi bawak aku naik bukit ni."
Kawan lagi satu
membalas,
"Takde masalah lah. Tak
kiralah dengan apa cara pun kau usaha nak naik bukit ni, tapi yang penting
sekarang kau dah ada kat puncak ni, kau ada determination."
Kawan share lagi, dia tak
boleh jalan seperti seorang yg normal. Cukup dengan menggunakan lutut untuk
bergerak. Dan dia sampai jugak ke puncak bukit walaupun perlu daki ikut laluan
yang curam. Bagi seorang yang normal, nak sampai ke puncak ambil masa 30-45
minit. Tapi diorang ambil masa 2 jam.
Dua orang kawan dia memang
sangat supportive, sanggup daki slow semata-mata nak bawa sahabat diorang ke
puncak macam orang normal boleh buat. Nak bagi sahabat diorang rasa perasaan
bila tengok nature.
Lepas tu tadi, kawan lagi
sorang share gambar ni kat group. Dari member dia yang bawak Adam ni naik Tabur
tadi, Satrio.
Mata bergenang dah. Malas nak
cakap banyak. Perempuan ni memang emo. Time tengok tu memang nak nanges dah.
Tapi tahan jelah sebab nak makan tadi. Eh.
Aku cukup kaki tangan tu pun
asyik mengadu penat, stress bagai. Adam ni tak sempurna fizikal tapi hati dia
sempurna dah bagi aku. Kentalnya Ya Rabbi! Aku bangga dengan dia.
Mungkin bagi orang lain
biasalah kan. Well, semua orang mampu buat sebenarnya. Nak taknak je. Semangat
atau tak je.
Tapi senario ni luar biasanya
adalah kisah seorang manusia yang luar biasa. Senario yang boleh balikkan kita
semua semula pada Dia.
Kisah yang mana boleh buka
mata hati kita untuk jadi hamba yang bersyukur.
Kisah yang mana mampu turunkan
ego kita sebagai manusia.
Kisah yang mana bisa memberi
pengajaran buat kita melalui insan lain.
"Maka nikmat Tuhanmu yang
manakah mampu kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)
Muhasabah untuk diri sendiri.
- Nur Maizan Nazmal VIA THEHYPEMEDIA
0 Response to "'Dia Takde Kaki, Dia Naik Bukit Guna Lutut'"
Post a Comment