
Alor Setar: Gara-gara dituduh
mencuri telefon bimbit milik rakan, seorang pelajar sekolah agama swasta di
Pokok Sena, kedah mengelami pendarahan usus dan buang pinggang cedera selepas
dipukul lima rakannya awal pagi semalam.
Pelajar berkenaan, Mohd Irfan
Azizan, 13, telah dipukul rakan-rakannya berusia 14 hingga 18 tahun pada jam
tiga pagi dimana mangsa telah ditumbuk dan disepak di seluruh badan.
Bapa mangsa, Azizan A Aziz,
40, berkata, beliau hanya mengetahui kejadian berkenaan 3 jam selepas kejadian
apabila dihubungi oleh salah seorang lima pelajar yang memukul mangsa bagi
meminta ganti rugi selain memaklumkan memukul anaknya.
Kerana khuatir kejadian buruk
menimpa anaknya itu, beliau segera menghubungi pihak sekolah yang kemudian
memeriksa keadaan anaknya di asrama.
"Saya
dimaklumkan pihak sekolah, rakan anak memberitahu Mohd Irfan sedang tidur kerana
demam menyebabkan saya sendiri pergi ke sekolah kira-kira 10 pagi untuk
memeriksa keadaannya.
"Saya
terkejut melihat keadaannya yang lemah dan tidak berdaya untuk bangun
menyebabkan hati ini bertambah risau.
"Dia
(Mohd Irfan) juga mengadu sakit kepala dan dada selain muntah beberapa kali
menyebabkan saya segera membawanya ke hospital bagi mendapatkan
rawatan," katanya
ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, tadi.
Sementara itu, Ketua Polis
Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan menerima
laporan berhubung kejadian.
"Pemeriksaan
doktor mengesahkan mangsa mengalami lebam di dada, muka, belakang badan dan
sakit di bahagian pinggang," katanya dipetik
laporan Harian
Metro.
Katanya, kes disiasat
mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan polis akan menahan
kelima-lima suspek bagi membantu siasatan.
0 Response to "DITUDUH CURI TELEFON, USUS & BUAH PINGANG PELAJAR CEDERA DIBELASAH RAKAN"
Post a Comment