Kemajuan teknologi moden kini mampu
menghasilkan Bir tanpa Alkohol dan Bir tersebut telah dipanggil sebagai 'Bir
Halal'.
Berikutan kontroversi itu, pelbagai reaksi dari
netizen yang rata-rata bersetuju produk sedemikian rupa tidak seharusnya
diperkenalkan di negara Islam seperti Malaysia.
ARAK HALAL ( TANPA ALKOHOL )
PENGERTIAN ARAK
Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam
bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi.
Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya
tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.
Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada
sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan
arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud:
”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan
pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah
semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya”.
(Surah Al- Maidah ayat 90)
KENAPA PERLU PANGGIL ARAK? TAK SESUAI....
Betul betul mengelirukan Umat Islam. Kalau tiada alkohol macam Ribena,
panggil sahajalah nama produk. Cukuplah dengan nama Root Bir yang kadangkala
mengelirukan masyarakat.
Memandangkan pembotolan pula hampir menyerupai packing arak beralkohol (
Carlsberg, Anchor Beer dsb ), kita kena bertindak segera untuk jangka
panjang.
Esok esok bila anak muda beli bir dijalanan, togok Carlsberg, Jolly Shandy,
Anchor Beer, Tiger Beer, kita susah nak bezakan dan akhirnya menjadi tidak kisah
sebab sangkakan arak halal.
Malaysia negara Islam walaupun sekular. Kita mencorakkan sistem agar
menjadi lebih baik. Jangan beri Allah murka. Padah jawabnya. Segala tindakan di
dunia dipersoalkan diakhirat kelak.
0 Response to "DUNIA AKHIR ZAMAN ! Penjelasan Sebenar Arak Halal Yg Akan Dijual Di Malaysia"
Post a Comment