
Sebelum ini Lisa Surihani dan Yusri KRU membuat
keputusan untuk tidak menunjukkan gambar anak mereka kepada umum kerana bimbang
disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Namun, gambar cahaya matanya itu tersebar di laman
sosial yang dimuat naik oleh laman hiburan Roti Kaya yang mendakwa diperolehi
oleh seorang paparazi.
Gambar yang tersebar itu menunjukkan Lisa sedang
sibuk menyimpan barang di dalam beg tangannya manakala Yusri mengedung si kecil
yang sedang nyenyak tidur.
Timbul perbalahan netizen di ruangan komen yang
tidak senang dengan tindakan pasangan itu enggan menunjukkan gambar bayi mereka
kepada umum.
"Malulah oiii ...Prince William dan Kate pun tak
kisah gambar anak mereka dirakam sebab mereka bukan sengkek duit nak jual copy
right gambar baby" kata Bangang Itu Indah.
Bagaimanapun, peminat dua selebriti berkenaan
tampil mempertahankan mereka dan menjelaskan adalah menjadi hak pasangan itu
untuk tidak mendedahkan anaknya kepada umum.
"Hormat la dah dia nak privacy tak nak tunjuk anak
dgn public...maybe bila anak dia dah bsr ckit br dia x kisah...yang terjumpa
depan mata tu rezeki awak la dapat tengok tapi takyah la nak rakam n sebarkan.."
kata Ella.
"Siapapun mereka berdua ni, mereka masih ada hak
privacy.. Klu mereka taknak tunjuk anak mereka itu hak mereka, tak perlu di
pertikaikan..so better respect perasaan n privacy mereka..pada yg ambil pic ni
better minta maaf..tak baik buat org mcm tu..dia rasa tak slesa n terkilan awok
berdosa tau.." ujar Fiefie.
0 Response to "GAMBAR ANAK LISA SURIHANI TERSEBAR, PENAT BERBALAH SESAMA SENDIRI"
Post a Comment