Gara-Gara Makan Daging Babi, Hidup Mereka Menderita Seumur Hidup

Inilah sebabnya, masyarakat Islam dilarang memakan daging babi dan sebagainya daripada haiwan itu. Tahun lalu, seorang lelaki dari China dikejar ke hospital setelah mengalami beberapa perkara pelik pada tubuhnya.


Kepala mahasiswa dari Amerika Syarikat yang diserang cacing akibat makan babi.
Kepala mahasiswa dari Amerika Syarikat yang diserang cacing akibat makan babi.

Lelaki tersebut merasakan tubuhnya lemah, pening kepala dan daya penglihatan yang beransur hilang. Setelah melakukan pemeriksaan imbasan CT pada otak lelaki itu, pakar kesihatan menemui 19 parasit di dalamnya.
>
Parasit tersebut dikenali sebagai taenia solium, sejenis cacing pita yang boleh masuk ke tubuh manusia setelah seseorang itu makan babi yang tidak masak dengan betul.

Lelaki tersebut dipercayai gemar memakan darah babi segar yang dibuat menjadi sup tian tang xue, seperti yang ditukil oleh Record China dalam Rocket News.

Cacing pita hidup di kepala lelaki Britain selama 4 tahun


Seekor cacing pita berukuran satu sentimeter tinggal di dalam otak seorang lelaki Britain selama empat tahun. Cacing itu dipercayai bergerak sejauh lima sentimeter dari otak sebelah kanan ke otak sebelah kiri.

Doktor bedah di Hospital Addenbroke di Cambridge akhirnya mengeluarkan cacing itu.
Kes itu merupakan yang pertama kali pernah berlaku di Britain seperti yang ditukil boleh akhbar, Daily Mail.

Menurut doktor, cacing di dalam otak boleh menimbulkan hilangnya ingatan, sakit kepada dan pelbagai penyakit lain.

Cacing yang berada di dalam otak lelaki tersebut berkemungkinan berasal dari daging babi yang tidak masak dengan betul dan dimakan.

Cacing bentuk sista (cyst) di otak akibat makan babi


Suki-Jane Taylor, 42 tahun dipercayai menderita dengan penyakit neurosysticercosis, sejenis penyakit yang disebabkan serangan cacing pita pada sistem saraf. Taylor dipercayai dijangkiti cacing pita melalui daging babi pada 2009.

Akibat serangan cacing pita pada otaknya, Taylor mengalami beberapa penyakit seperti epilepsi, gangguan penglihatan serta gangguan keseimbangan.

Kerosakan pada sistem saraf mulai terjadi setelah Taylor secara tidak sengaja menelan telur cacing pita dan larva dari daging babi. Telur dan larva itu kemudian dibawa ke otak, di mana ia membentuk sista.

Apabila cacing pita mati, ia akan menyebabkan pembuluh darah dan jaringan di otak menjadi bengkak. Taylor segara dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan menghilangkan sista di dalam otaknya.

"Mereka langsung mengeluarkannya dari otak saya. Sista itu berada tepat di atas belakang otak saya," jelas Taylor seperti yang ditukil oleh Nine MSN.

Setelah pembedahan itu, Taylor tidak lagi dapat mengenali rasa dan bau serta sering mengalami tekanan dan epilepsi akibat penyakit itu.

Otak seorang mahasiswi AS diserang cacing disyaki akibat makan babi


Seorang pelajar nyaris-nyaris hilang nyawanya akibat cacing yang bersarang di kepalanya. Cacing tersebut membentuk sista di dalam otak pelajar yang berasal dari California, Amerika Syarikat .

Luis Ortiz mengalami pening kepala dan migrain dan enggan dibawa ke hospital oleh ibunya. Situasi semakin memburuk setelah beliau pengsan.

Doktor kemudian menunjukkan hasil CT Scan yang menunjukkan sekumpulan cacing pita membentuk sista di dalam otaknya yang membekukan aliran darah ke otaknya, menurut keterangan daripada doktor bedah saraf, Soren Singel.

Kepala mahasiswa dari Amerika Syarikat yang diserang cacing akibat makan babi.
Kepala mahasiswa dari Amerika Syarikat yang diserang cacing akibat makan babi.
Doktor dari Pusat Perubatan Napa Valley bertindak dengan segera dengan mengambil langkah untuk melakukan pembedahan terhadap lelaki berusia 26 tahun itu.

Beliau bernasib baik kerana doktor berjaya menyelamatkannya dalam masa 30 minit paling genting. Seandainya terlewat untuk pembedahan itu, Ortiz pasti tidak dapat diselamatkan.

"Cacing-cacing tersebut masih hidup dan menggeliat ketika kami cuba untuk mengeluarkannya," jelas Singel yang ditukil oleh Huffington Post.

Ortiz yang sedarkan diri setelah pembedahan itu terkejut sambil melihat cacing yang nyaris-nyaris meragut nyawanya.

"Mereka keluar dari kepada otak saya? Bagaimana ia boleh berlaku," kata Ortiz tidak percaya. Kini Ortiz harus menangguhkan kuliahnya sehingga kesihatan serta daya ingatannya pulih. - merdeka.com/ag


0 Response to "Gara-Gara Makan Daging Babi, Hidup Mereka Menderita Seumur Hidup"

Post a Comment