

Sesetengah individu memang mempunyai minat atau
hobi yang kadang-kadang aneh serta lain daripada yang lain, termasuklah para
artis yang juga merupakan manusia biasa.
Keterangan ini dibuat setelah melihat sekeping
gambar yang dimuatkan pelawak Ajak Shiro dalam instagram miliknya.
Pasti ada yang takut, geli mahupun hairan serta
marah apabila melihat foto yang dimuatkan Ajak dalam laman sosial yang popular
itu, apatah lagi dia seorang selebriti yang mempunyai ramai pengikut. Gambar
tersebut menunjukkan bahawa anak kepada Ajak Shiro sedang dibelit ular
sawa.

Mujurlah ular tersebut bukannya yang besar
manakala budak kecil itu pula sedang nyenyak tidur dan tidak menyedari apa yang
sedang berlaku kepadanya.
Daripada kapsyen pula, Ajak turut berkongsi
kenangan ketika menyertai Fear Factor sebelum ini dimana dia melalui cabaran
bermain dengan ular.
#instaFrame#YourMoments masa mak dia
mengandugkan dia, baba dia main ular dalam #fearfactor. Ini penangan anak baba
hehehe...Bangga baba ada anak gagah gini..(Tengah tido bolehlah).
Ajak sendiri pasti sudah berfikir habis untuk
berbuat begini dan tidak mungkin akan cuba mendedahkan anaknya kepada bahaya
walaupun ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan pelawak tersebut. Tepuk
dada tanya selera sebab semua selera masing-masing tak sama bukan?

0 Response to "Guraun Tak Bertempat Ajak Shiro Dengan Anak Kecilnya Akhirnya Mengundang PADAH !"
Post a Comment