Apa
yang menarik dengan kehidupan Dato Terlajak Laris dan Datin yang
dikongsikan?
1.
Dato dan Datin tidak pernah beri telefon bimbit, tablet, gadget kepada
anak-anak. Jadual anak-anak penuh dengan masa belajar bahasa Cina, India,
English, mengaji dan lain-lain. Masa yang selebihnya diluangkan bersama dengan
keluarga.
2.
Anak-anak dibenarkan menonton televisyen hanya pada hari Sabtu dalam tempoh dua
jam sahaja.
3.
Setiap kali makan di rumah, mereka akan makan bersama-sama duduk di lantai
(bentang tikar). Senang nak suap menyuap. Meja hanya sebagai syarat ada dalam
rumah (kadang-kadang orang gunakan untuk berlakon).
4.
Dato pergi kerja bawa bekal dan wajib untuk anak-anaknya membawa bekal juga.
Isteri yang masak dan pembantu rumah hanya membantu sekali sekala. Ini kerana
Dato percaya air tangan dari seorang ibu dan isteri adalah sangat bagus.
5.
Anak-anak bersekolah di sekolah swasta. Dato hanya berikan duit belanja RM2.00
kalau nak beli aiskrim atau makanan yang lain. Sedangkan ibu bapa kepada
kawan-kawan anaknya sentiasa diberi RM10 sehari.
6.
Dato akan bawa anak-anak ke rumah anak yatim dua bulan sekali untuk anak-anak
tidur di sana dan merasai sama-sama kehidupan susah senang anak-anak yatim yang
tiada ibu bapa dan biar mereka melihat sendiri perasaan anak-anak yatim menerima
sumbangan.
7.
Dato akan memastikan anak-anaknya tahu rasa susah untuk mencari duit. Mereka
dilatih untuk mengalami dan merasai sendiri susah payah mencari duit. Bila
anak-anak dah besar, jika mereka berkeinginan memiliki sebuah kereta, mereka
perlu merasa menjadi pekerja stor atau ujian dari Dato terlebih dahulu.
8.
Masalah bila anak-anaknya berkumpul dengan sepupu mereka atau berada dalam
keluarga besar ialah mereka akan mempersoalkan mengapa tiada mainan itu ini,
tiada gajet dan sebagainya. Dato menjelaskan beliau tidak mahu membiasakan
anaknya dengan kemewahan dan mudahnya nak mendapatkan sesuatu.
9.
Dato percaya anak-anak yang berkualiti dan bagus datangnya dari didikan ibu
bapa. Ibu bapa yang pertama dalam kehidupan anak-anak. Guru-guru di sekolah
adalah yang kedua.
"Bukannya
kita menyuruh guru-guru 100% mendidikan anak kita, kita cuma usahakan sekolahkan
anak dengan bagus,"
10.
Datin percaya setiap anak-anak mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Jadi
jangan pilih kasih terhadap anak-anak.
Marilah
kita mengambil contoh-contoh dan teladan yang baik dan berguna untuk diamalkan
dalam kehidupan kita. Semoga suatu hari kelak dapat bermentorkan Dato dan Datin.
- Zah Efa
sumber : THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to ""HANYA RM2.00 UNTUK BELANJA MAKAN ANAK SEKOLAH" - DATO' TERLAJAK LARIS"
Post a Comment