Hashtag #TerrorismHasNoReligion tolak sentimen kaitan Islam, Keganasan

PARIS: Serangan-serangan pengganas di Paris yang membunuh sekurang-kurangnya 129 orang pada malam Jumaat lalu (13 Nov), menggemparkan Perancis dan seluruh masyarakat antarabangsa.

Hashtag #TerrorismHasNoReligion
Hashtag #TerrorismHasNoReligion (Gambar: Twitter/ @Bolaversal)

Sedang kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab atas serangan berdarah itu, ribuan pengguna - orang Islam dan bukan Islam - menggunakan hashtag #TerrorismHasNoReligion di laman-laman media sosial termasuk Facebook dan Twitter, menurut laporan Al-Arabiya News.

Ia sebagai respons terhadap pihak-pihak yang menyalahkan orang Islam atas serangan di Paris, dan bagi membasmi sentimen anti-Islam yang berleluasa online.


Hashtag tersebut kini tersebar luas di seluruh dunia, dengan ramai menyertai perbincangan di laman-laman media sosial untuk mempertahankan agama Islam sebagai agama yang tidak menggalak keganasan.


Menurut laporan akhbar Britain, Metro, ramai pengguna yang menulis catatan di laman-laman media sosial untuk menolak tuduhan bahawa "Islam itu jahat" dan menyifatkan dakwaan seperti itu sebagai pemikiran yang cetek dan sempit, kerana menurut mereka, kebanyakan orang Islam, seperti juga orang lain, hanya mahu menjalankan kehidupan seperti biasa.




- Agensi berita/nd

0 Response to "Hashtag #TerrorismHasNoReligion tolak sentimen kaitan Islam, Keganasan"

Post a Comment