
Mengakui tidak
meletakkan penghalang untuk kembali bergelar isteri, Izreen Azminda menjelaskan
bahawa dia sukakan lelaki yang mampu memberikan sumber inspirasi, kuat bekerja
dan mampu memimpin dirinya.
“Saya suka lelaki yang
boleh memberi saya sumber inspirasi, kuat bekerja dan mampu memimpin saya.
Bukanlah mencari kemewahan, cukuplah dia boleh menjaga saya dengan baik.
Sekarang ini semua perkara perlukan duit”
“Cinta tanpa duit
seperti tidak bernilai. Tidaklah mencari seseorang yang kaya-raya. Seperti saya
katakan, cukuplah dia mampu untuk menjaga saya. Bukan sahaja dari segi wang
ringgit, perlu juga cukup ilmu dan pengetahuan agama,” jelasnya kepada portal
Mangga Online.
Bagaimanapun, menurut
Izreen, waktu sekarang adalah masa untuk dirinya memberi seluruh tumpuan dan
juga fokus kepada bidang kerjaya dan tidak mahu terburu-buru mengenai soal
jodoh. Bahasa mudahnya, Izreen tidak mahu terikat dengan sebarang komitmen.
(SUMBER ROTIKAYA)
0 Response to "IZREEN AZMINDA MAHU CARI LELAKI BERDUIT"
Post a Comment