Dalam diam-diam, Jamie Foxx dan Katie
Holmes dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun
lalu.

Menurut laporan portal Newkerala, Jamie dan
Katie sengaja mahu dilihat tidak mempunyai apa-apa perhubungan sedangkan
mereka mempunyai hubungan yang sangat mesra.
"Katie sudah jatuh cinta dengan Jamie. Tetapi pasangan itu tidak mahu hubungan mereka didedahkan.
"Bagaimanapun sejak kebelakangan ini mereka kerap dilihat bersama," kata sumber.
Tambah sumber itu, anak Katie iaitu Suri Cruise begitu senang dengan kehadiran Jamie.
Sejak bercerai dengan Tom Cruise pada tahun 2012, Katie tidak pernah mendedahkan kehidupan peribadinya walaupun pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa aktor.

-mstar
0 Response to "Jamie Foxx & Katie Holmes Jalin Hubungan Dalam Diam"
Post a Comment