Bertenang. Jari tengah yang
ditunjukkan oleh bintang Bollywood, Kajol, ke arah sekumpulan wartawan bukan
bererti aktres itu marah kepada mereka.
Sebaliknya, itu reaksi gurauan
Kajol kepada sebilangan pemberita dan jurugambar di India yang menunggu beliau
yang sedang melakukan upacara sembahyang Puja Durga di Mumbai, baru-baru
ini.
Laporan media antarabangsa
menyebut, selepas selesai melakukan Puja Durga, Kajol bersama ibu dan sepupunya,
Raja Mukerji, keluar dari tempat pemujaan lalu diserbu sekumpulan
media.
Sebaik saja melihat Kajol
muncul, para wartawan yang ada di sana cuba menarik perhatian heroin filem Kuch
Kuch Hota Hai itu dengan meminta beliau menunjukkan jari ke arah
mereka.
"Kamu tahu jari yang mana satu
akan saya tunjukkan kepada anda semua?" respon Kajol sambil menunjukkan jari
tengahnya.
Sambil melemparkan senyuman,
Kajol kemudiannya tergelak melihat reaksi pihak media.
Sejurus itu beliau
meninggalkan kumpulan wartawan tersebut dan meneruskan aktiviti tahunannya
sebagai pemuja Dewi Durga.
Menerusi satu klip video yang
tersebar di laman internet, Kajol kembali menemui para media di lokasi pemujaan
tersebut.
Namun kali ini beliau tidak
mahu terlalu banyak diwawancara tentang perihal dia beribadah, dan meminta para
wartawan agar beredar dari lokasi tersebut.
Tindakan Kajol menunjukkan
jari tengahnya kepada pihak media tidak membuat para pemberita di India sakit
hati. Sebaliknya mereka semua tahu bahwa itu hanyalah gurauan spontan daripada
Kajol dan bukannya bentuk penghinaan kepada mereka.
Sementara itu laporan juga
menyebut, Kajol baru saja selesai menjalani penggambaran filem Dilwale di Goa,
India. Filem tersebut kembali menyatukan semula dia dengan Datuk Shah Rukh Khan,
selepas kali terakhir mereka bergandingan menerusi filem My Name Is Khan pada
tahun 2010.
- mD
0 Response to "KAJOL TUNJUK JARI TENGAHNYA GARA-GARA DIGODA WARTAWAN"
Post a Comment