Bangi: Seorang pemandu kereta Perodua Myvi terselamat apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya terbalik dalam satu kemalangan yang melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 295.5 Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira jam 7.25 pagi semalam.
Kejadian terbabit berlaku apabila sebuah kereta Proton Gen2 seorang lelaki berusia 34 tahun hilang kawalan sebelum berpusing lalu terbabas ke lorang kanan lebuh raya terbabit.
Kejadian menyebabkan empat kereta lain iaitu Perodua Myvi, Proton Preve, Proton Persona dan Perodua Viva gagal mengelak lalu bertembung.
Menurut Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Deputi Superintendan Azmi Wahid, Perodua Myvi tersebut yang dipandu oleh wanita berusia 23 tahun tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri Proton Gen2.
“Perodua Myvi dipandu wanita berkenaan yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri Proton Gen2.
“Kedua-dua kereta berkenaan dirempuh dari belakang oleh Proton Preve,” katanya.
Azmi berkata Perodua Myvi tersebut terbalik berikutan rempuhan yang kuat.
“Perodua Myvi yang terbalik di lorong tengah kemudian sekali lagi dirempuh pada bahagian kanan oleh Perodua Viva.
“Kemalangan menyebabkan dua lorong terpaksa ditutup bagi membolehkan kerja pengalihan dan pembersihan dilakukan. Semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan bagaimanapun selamat,” katanya memetik myMetro
0 Response to "Kemalangan Babitkan 5 Kereta, Myvi Terbalik"
Post a Comment