
Beijing: Seorang lelaki ditahan polis kerana
mencuri tengkorak di tanah perkuburan sebelum dikisar menjadi serbuk bagi
dijadikan ubat untuk anaknya yang sakit mental.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Fu dipercayai
menggali beberapa kubur di sebuah kampung di daerah Jinxian di wilayah Jiangxi
sejak Julai lalu.
Fu yang berusia 40-an dilaporkan mengambil
tengkorak wanita yang mati 30 tahun hingga 100 tahun.
Misteri kehilangan tengkorak di tanah
perkuburan itu akhirnya terungkai apabila penduduk kampung ternampak Fu membawa
guni pada minggu lalu.
Penduduk yang mengesyaki sesuatu yang
mencurigakan menghubungi polis yang kemudian menahan Fu.
Ketika pemeriksaan polis menemui tengkorak
dalam guni yang dibawa Fu dan lelaki itu mengaku mencuri tengkorak di kubur
berkenaan.
Fu berkata, pengamal perubatan tradisional
memberitahunya, penyakit mental anaknya boleh diubati dengan meminum air serbuk
tengkorak wanita.
“Saya hanya mengambil tengkorak wanita kerana
diberitahu ia sangat mujarab untuk mengubati penyakit anak saya,” katanya.
Fu mengakui keadaan anaknya tidak berubah
walaupun meminum air serbuk tengkorak berkenaan beberapa kali.
0 Response to "Kisar Tengkorak Mayat Untuk Dijadikan Ubat"
Post a Comment