Pelakon dan Pelawak Zizan Razak mengambil keputusan untuk tidak
mengulas lebih lanjut mengenai pengguguran Kamal Adli menerusi filem terbaru
arahan Syafiq Yusof iaitu Abang Long Fadil 2.
Menurut Zizan Razak atau nama
sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, dia tidak bersedia untuk memberi sebarang
komen mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu ianya disalah tafsir
sesetengah pihak.
“Saya rasa pihak produksi sudah menjawab mengenai perkara
tersebut. Saya tidak boleh jawab apa-apa lah dan tidak boleh buka mulut pun
sebab nanti dia jadi salah faham. Lebih baik saya diam sahaja,” jawab Zizan
Razak sewaktu di majlis pelancaran filem Abang Long Fadil 2 di Restoran Haslam,
Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun jelas Zizan Razak, dia cuba mencari jalan
yang terbaik sekiranya dia ditawarkan untuk bergandingan dengan Kamal Adli di
masa hapadan.
“Saya tiada masalah. Kalau boleh saya cuba untuk cari jalan
paling baik untuk keselesaan saya dan kedua-dua pihak sekiranya kami
bergandingan.
“Maksud saya benda yang tidak menyusahkan kamu berdua,” jelas
Zizan Razak lagi.
Dalam pada itu, pengarah filem Abang Long Fadil 2, Syafiq
Yusof menafikan dakwaan kononnya nama Kamal Adli digugurkan dan hanya
mengekalkan Zizan Razak sahaja.
“Jalan cerita untuk Abang Long Fadil 2 kali
ini sangat berbeza dengan sebelum ini dan ianya turut bakal dibarisi
pelakon-pelakon baharu.
“Saya menafikan kononnya kami telah mengugurkan Kamal
Adli dan hanya mengekalkan Zizan Razak sebagai pelakon utama,” jelas Syafiq
Yusof.
Filem Abang Long Fadil 2 bakal dibarisi oleh Acey Bocey, Shuib
Sepahtu, Tanis Hudson, Syamsul Yusof, Dato’ AC Mizal, A. Galak dan Way Doyok dan
Mas Khan.
Filem terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw ini bakal
menjalani penggambaran bermula ada 15 November di beberapa lokasi di Kuala
Lumpur, Pelabuhan Klang, Putrajaya dan sekitara Lembah Klang.
0 Response to "Kontroveri Zizan Jawab Isu Gugurkan Kamal Adli Dalam Filem Abg Long Fadil 2"
Post a Comment