MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki maut
selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika pulang dari
Sekolah Agama (SA) Bertam Hulu di Jalan Bertam Hulu di sini pada Isnin
lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, Muhammad Aniq
Norazian, 7, yang berjalan di bahu jalan dipercayai secara tiba-tiba ke tengah
jalan raya yang dilalui MPV jenis Toyota Wish.
Akibatnya, pemandu
kenderaan berusia 41 tahun yang dalam perjalanan dari Bertam Hulu menuju ke
lampu isyarat Paya Mas itu gagal mengelak lalu melanggar mangsa.
Muhammad
Aniq yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan
lanjut namun disahkan meninggal dunia kira-kira enam jam kemudian.
0 Response to "Lagi Kemalangan Kanak-Kanak Maut Dilanggar Semasa Pulang Dari Sekolah"
Post a Comment