Kuala Lumpur – Pengarah Azma Aizal Yusoof menjelaskan bahwa dia mempunyai sebab bertindak memukul pelakon Ika Nabila di lokasi penggambaran drama Dawai Asmara di Hulu Klang pada Isnin lalu.
![]() |
Memetik laporan mStar online, Azma, 33, bagaimanapun enggan berkongsi hal berkenaan namun menyifatkan laporan media yang dikeluarkan mengenai perbuatannya itu sudah ditokok tambah.
“Ada sebab saya berbuat demikian. Saya pun baru sahaja memberi keterangan kepada pihak polis dan siasatan kini sedang dijalankan. Apabila kes selesai, saya akan menceritakan hal sebenar apa yang berlaku.
“Bagaimanapun, cerita yang sudah menjadi viral di laman sosial itu sudah ditokok tambah,” katanya
![]() |
Ika Nabila |
Kata pengarah yang pernah dinobatkan Pengarah Terbaik Anugerah Tribute P Ramlee 2014 ini, dia hanya boleh memberitahu cerita sebenar selepas kes tersebut selesai.
Laporan menyebut, Azma turut menyatakan dia tidak gentar untuk berdepan dengan isu tersebut kerana percaya Tuhan akan menyebelahinya.
Terdahulu, Ika mendakwa dipukul dan ditumbuk pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki itu.
Berikutan kejadian tersebut, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang, pada malam hari kejadian.
0 Response to "“Laman sosial tokok tambah cerita, ada sebab saya pukul Ika Nabila” - Azma"
Post a Comment