Vokalis kumpulan Ukays, Amir terpaksa menamatkan persaingannya
dalam pertandingan realiti Gegar Vaganza 2 (GV2) pada minggu kelima yang
bertemakan ‘Hit Vaganza’.
Bagaimanapun Amir atau nama sebenarnya Mohd
Azmir Muhammad Yusuf merasakan tidak berbaloi tersingkir pada malam tadi (Ahad)
kerana lagu ‘Yank’.
“Tidak berbaloi rasanya tersingkir pada minggu ini,
kerana lagu ‘Yank’ bukan sebuah lagu yang mencabar vokal saya.
“Tapi,
mungkin sudah tertulis rezeki saya terhenti pada malam ini dan saya menerimanya
dengan hati yang terbuka,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu,
Amir turut menegaskan penyingkirannya tidak ada kaitan dengan kes polis
baru-baru ini.
“Saya disingkirkan kerana kekurangan dalam persembahan
saya, tiada kaitan dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini,”
tegasnya.
Penyingkiran Amir telah diumumkan pengacara Nabil Ahmad dan
Jihan Muse di segmen ‘Ada Lagu, Ada Lagi’.
Program realiti ini
menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri profesional
manakala Datuk Jamal Abdillah sebagai juri jemputan pada konsert minggu kelima
ini.
Tinggal lagi lapan penyanyi popular tanah air iaitu Nassier Wahab,
Ezad Lazim, Nizam Laksamana, Acong Sweetchild, Haiza, Siti Nordiana, Azian
Mazwan dan Faradhiya akan berentap pada minggu keenam GV2 bertemakan Kenangan
Terindah pada minggu hadapan.
Kenangan Terindah bakal menyaksikan para
peserta GV2 menyanyikan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh insan seni yang
telah meninggal dunia.
0 Response to "Luahan Tidak Puas Hati Amir Ukays Tersingkir Dalam Pentas GegarVaganza 2"
Post a Comment