SEORANG wanita berusia
23 tahun mendakwa pernah menjadi mangsa rogol sebanyak 43,200 kali selepas
diperdaya oleh sindiket pemerdagangan manusia.
Menurut Karla Jacinto,
jumlah tersebut adalah anggaran kasar dalam tempoh empat tahun dia
dirogol.
Memetik laporan CNN,
wanita warga Mexico itu mendedahkan, zaman gelapnya bermula selepas dia
berkenalan dan bercinta dengan seorang lelaki berusia 22 tahun.
Menurut Karla, dia yang
ketika itu berusia 12 tahun kemudian memilih untuk mengikut lelaki tersebut dan
hidup bersamanya.
“Saya tinggal bersamanya
selama tiga bulan. Dia melayan saya dengan baik. Semuanya sangat indah,” kata
Karla.
Namun, selepas itu,
Karla diperkenalkan kepada ‘bapa ayam’ sebelum teman lelakinya itu menghilangkan
diri.
Dia dipaksa menjadi
pelacur sehinggalah pada usia 15 tahun, Karla melahirkan seorang bayi
perempuan.
Bagaimanapun, Karla
akhirnya berjaya diselamatkan dalam satu operasi anti-pemerdagangan manusia pada
2008. Ketika itu dia berusia 16 tahun.
Tidak mahu kanak-kanak
lain menjadi mangsa sepertinya, Karla kini menjadi aktivis yang lantang bersuara
menentang aktiviti pemerdagangan manusia.
– MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Mangsa Pemerdagangan Manusia Dakwa Dirogol 43,200 Kali!"
Post a Comment