Gambar tiga wanita sedang membuat sayur masin
tersebar di laman sosial baru-baru ini mengundang rasa loya netizen.
"Ini bukan setakat masin, pakej masam sekali!"
kata netizen.
Gambar yang tersebar itu tidak diketahui lokasi
sebenarnya. Namun apa yang boleh kami pastikan ialah perkara itu tidak berlaku
di Malaysia dan berkemungkinan besar berlaku di negara jiran berikutan pencarian
kami mendapati gambar tersebut mula dimuat naik ke laman sosial dari negara
berkenaan.
Bagaimanapun, netizen mempertikaikan tahap
kebersihan sayur masin yang disediakan itu berikutan tiga wanita terbabit masuk
ke dalam 'kolam' yang digunakan untuk merendam sayur sawi tersebut bagi memilih
sayur-sayur masing itu diletakkan dalam bekas besar untuk dibungkus dalam
paket.
"Aduh, itu kan makanan. Sudahlah tidak mematuhi
kebersihan, manalah tahu berpeluh ke, badan berkurap ke, berkudis ke, boleh pula
diorang masuk dalam kolam rendam macam tu je. Hilang selera aku nak masak sayur
masin hari ni," kata Alfiah. - sumber
0 Response to "Mengejutkan! Gambar Bagaimana Sayur Masin Dihasilkan, Patutlah Masin"
Post a Comment