
Menteri Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berang kerana lebih banyak gambar
yang menunjukkan beliau bersama hidangan telur penyu dimuat-naikkan di media
sosial.
Mengulas mengenai
gambar-gambar itu, Ismail Sabri berkata beliau akan mengambil tindakan
undang-undang terhadap mereka yang mengedarkannya.
"Saya akan berhubung dengan
peguam saya untuk meneliti dakwaan ini," katanya kepada
Malaysiakini.
Pusat Lapangan Danau Girang,
sebuah kemudahan penyelidikan dan latihan di Sabah, malam semalam, memuat-naikan
empat gambar yang memaparkan menteri itu hadir pada majlis makan malam
kontroversi di Sandakan, Sabah, pada bulan Ogos lalu di laman
Facebook.
"Merujuk kepada empat gambar
yang dimuat turun dari laman Facebook Walai Penyu Resort Libaran dan dikongsi
oleh 'Deadturtle Sabah', nampaknya telur penyu sebenarnya dimakan oleh orang
yang sama menafikannya sebelum ini, " kata Pusat Lapangan Danau
Girang.
Gambar-gambar berkenaan
menunjukkan telur penyu terhidang dalam piring kecil yang diletakkan di hadapan
Ismail Sabri manakala pinggannya pula memaparkan telur yang sudah dipecahkan
separuh.
Dalam kenyataannya, awal bulan
ini, Ismail Sabri menafikan ada memakan telur penyu telur kerana kandungan
kolesterol yang tinggi.
Katanya, beliau hanya makan
ikan pada majlis makan malam.
Aktivis alam sekitar dan
pemuliharaan menyelar menteri Umno itu selepas gambarnya pada majlis makan malam
di Sandakan pada bulan Ogos tersebar di media sosial yang memaparkan telur penyu
sebagai antara hidangan yang disediakan, selain udang kara.
Hadir sama pada majlis itu
adalah Ketua Umno Beluran James Ratib.
Kerajaan Sabah dilaporkan
sedang menyiasat perkara itu.
Pengumpulan telur penyu
dibenarkan hanya jika mempunyai lesen dan terhad di pantai timur Semenanjung,
tetapi aktiviti itu diharamkan di Sabah di bawah Enakmen Hidupan Liar Sabah
1997.
Mereka yang bersalah
mengumpul, menjual atau memakan telur penyu di Sabah boleh dikenakan denda
sehingga RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.
SUMBER
MALAYSIAKINI.COM
0 Response to "MENTERI BERANG, LAGI GAMBAR MAKAN TELUR PENYU DI SEBAR"
Post a Comment