
Gambar Hiasan
Seorang anak jati
Sabah, mendedahkan seorang lelaki berstatus warga asing yang menetap di negeri
itu dengan mudahnya diterima berkhidmat secara tetap di Pejabat Daerah
Keningau.
Menurut Mec, dia percaya bahawa lelaki terbabit menggunakan
bantuan dari 'Orang Dalam' untuk mencapai impiannya itu.
"Ketika
menghantar sepupu untuk berurusan di Pejabat Daerah Keningau hari ini, saya
benar-benar terpukul. Seorang anak kepada bangsa asing yang kerap menjalani
latihan praktikal di pejabat itu dengan mudahnya diserap untuk berkhidmat secara
tetap di Jabatan itu.
"Apakah kita sudah benar-benar ketandusan tenaga
kerja daripada kalangan anak tempatan sehingga anak keturunan bugis kita jadikan
kakitangan di jabatan-jabatan penting dalam kerajaan?
"Masih ramai anak
tempatan yang berkelulusan tinggi dan berkelayakkan di luar sana yang masih
belum mendapat pekerjaan tetap. Saya tertanya-tanya juga siapa sebenarnya 'Orang
Dalam' yang bertanggungjawab terhadap perbuatan sumbang ini.
"Bagaimana
agaknya masa depan daerah ini atau masa depan negara ini jika jawatan-jawatan
penting dalam kerajaan dipegang oleh anak-anak bangsa asing. Anak-anak tempatan
khususnya Sabah dan Sarawak buka mata, buka mulut dan ambil tindakan. Kalau
bukan kita siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi?
"Jangan tunduk
ketika dipijak. Jangan pula selepas membaca artikel ini ada yang melabelkan saya
perkauman. Tiada istilah perkauman untuk bumipetera dan bukan bumiputera. Apa
lagi warganegara dan bukan warganegara," katanya.
0 Response to "'MUDAHNYA ANAK WARGA ASING DISERAP KERJA TETAP DENGAN GOMEN'"
Post a Comment