Kesan Buruk Tidak Berpantang Selepas Melahirkan
Anak yang Wanita Perlu Tahu. Kebanyakan wanita atau ibu yang baru melahirkan
anak, malas berpantang atau degil apabila disuruh berpantang dan paling teruk
tak tahu lansung tentang apa itu berpantang .
Memang lumrah manusia perkara baik memang susah
nak ikut dan kadang-kadang mereka ini ada pendapat sendiri berdasarkan
kawan-kawan, buku dan lain-lain. Tapi, Alhamdulillah dengan adanya teknologi
sekarang, wanita yang baru bersalin pada masa sekarang, banyak membaca,
mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar atau bidan, bagaimana nak berpantang
secara tradisional tetapi moden.
Ada banyak syarikat yang menawarkan servis
berurut dan bertungku serta khidmat nasihat kepada bakal-bakal ibu dan bapa
tentang menghadapi kelahiran, cara berpantang, pemakan dan bagaimana mengatasi
situasi meroyan dan bagaimana mengelak meroyan ketika berpantang, juga bagaimana
menghindari demam kuning pada baby dan macam-macam lagi.
Paling penting berpantang cara tradisional tapi
moden. Untuk keterangan lanjut boleh jenguk untuk nak kongsi dan tahu akibat
atau kesannya jika tak berpantang.
Ada sesetengah wanita yang degil, tak mahu
berpantang, tak nak ambil jamu lepas bersalin, tak nak berurut atau bertungku,
mandi air sejuk, minum air sejuk, makan ikut suka. Bila mak marah atau tegur
tunjuk muka masam atau jawab, “Alah..! org tau la” dalam hati kata “dah tua
nanti semua orang sakit, rasa badan ni ok je tak rasa apa-apa pun”..
Kalau ada yang buat macam ni, baca info kat
bawah ni..
Apakah Akibat & Kesan :
Rahim Jatuh / Prolapse
Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana
rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini
biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada
kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu
rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat
– Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit
daripada kedudukan biasa.
– Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh
sampai kepermukaan faraj.
– Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah
apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj,
keadaan ini yang biasa di gelar “tombong”.
Gangguan Kencing
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran
rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
– kerap kencing
– sakit ketika nak kencing
– kencing yg tak terkawal khususnya semasa
batuk, ketawa yang kuat ini
di panggil (Stress Incontincence).
Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas
harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.
Gangguan Hubungan Kelamin
Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj
khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka
kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual
mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada
sang suami kurang puas & tak menyeronokkan.
Ramai wanita seta suami mengadu tentang kurang
nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas
melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi
diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.
Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian
Sulit Wanita
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada
proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda
iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak
berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian
pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit
pinggang.
Gangguan Kesihatan
Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat
ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada
seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti
kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam
jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada
pergeseran yang berpanjangan.
Oleh Sebab itu, jangan ambik mudah tentang
berpantang, pakai bengkung, makan jamu bersalin & makan makanan yg
disyorkan.. Kalau tak tau nak cari kat mana jamu, Bengkung, daun mandi, senang
cite barangan untuk berpantang.
0 Response to "Padah Akibat Malas Berpantang Lepas Bersalin, Inilah Yg Terjadi ! Menyesal Pun Dah Tak Guna"
Post a Comment