Berikutan
isu kontroversi yang melibatkan Dato' M. Nasir yang dikatakan memberi komen
mengaibkan penyanyi Sheeda di pentas Gegar Vaganza, nampaknya Dato' AC Mizal juga
tidak terlepas menjadi mangsa.
Terbaru,
di laman Facebooknya melahirkan rasa kecewa dengan sebuah blog yang tidak
bertanggungjawab menfitnahnya dalam isu tersebut.
Blog
berkenaan membuat sebuah tajuk kononnya reaksi dan kata-kata AC Mizal dengan
nada penuh bongkak berkata "Bienda
nak saman saya? Jap, ada nampak den goyang? takdo kan?".
Menurut
Dato AC, itu bukanlah kenyataannya kerana menurut beliau, dia tidak pernah
memberikan sebarang komen mengenai isu ini.
"Ini
adalah kerja blogger tentangartiss dan bukan dari saya. Saya tidak pernah
memberi sebarang komen dan tidak langsung melayan mana mana pihak berkenaan isu
yang tidak ada kena mengena dengan saya,"
"Sila
delete post ini sebelum saya ambil tindakan Perundangan!," amaran
AC Mizal kepada blogger berkenaan.
Sebelum
ini, anak kepada penyanyi Sheeda iaitu Bienda telah tampil meminta M. Nasir
memohon maaf kepada ibunya kerana memberi komen yang mengaibkan di pentas Gegar
Vaganva.
M.
Nasir memberikan komen "putera
mencari princess tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak princess" dimana
ia menyentuh mengenai usia Sheeda yang mahu berlakon sebagai puteri raja yang
kemudiaan disambut ketawa audiens dan dibalas oleh AC Mizal dengan
berkata; "aku
dah agak dah... aku dah agak dah..."
Bienda
menyifatkan komen berkenaan sebagai kurang ajar kerana ibunya bersusah payah
untuk menyertai pertandingan berkenaan.
Sumber - Siakapkeli.my
0 Response to "Padam Atau Tunggu Tindakan Undang-Undang, Amaran Dato' AC Mizal Kepada Sebuah Blog"
Post a Comment