Milwaukee (Amerika Syarikat): Seorang polis
menunjukkan sifat dedikasi terhadap pekerjaannya dengan menyaman dirinya sendiri
kerana meletakkan kereta di tempat orang kurang upaya.
Biasanya, pegawai yang bertindak sedemikian
tidak akan mengendahkan peraturan undang-undang hanya kerana mereka polis.
Namun berbeza dengan David Clarke, pegawai
kanan polis di Milwaukee yang menunjukkan dia tetap mematuhi undang-undang
dengan menyaman dirinya sendiri ketika sambutan Hari Veteran baru-baru
ini.
“Saya berhenti di hadapan Tugu Perang di
Milwaukee, kemudian keluar dari kenderaan dan mengarahkan pemandu saya
mengalihkan kereta dengan meletakkannya di tempat yang betul. Dia tidak mematuhi
arahan itu, sebaliknya meletakkan kereta itu diparkir yang dikhaskan untuk orang
kurang upaya,” katanya dalam satu kenyataan.
Clarke menyaman dirinya sebanyak AS$35
(RM153.34) dan memutuskan untuk menyumbang sebanyak AS$200 (RM900) lagi kepada
pertubuhan orang kurang upaya.
Katanya: “Kereta polis juga perlu mematuhi
undang-undang, kecuali kecemasan atau atas urusan rasmi. Namun, ia bukan di
tempat orang kurang upaya.”
Dia kemudian mengarahkan siasatan dalaman
dijalankan untuk mengetahui mengapa pemandunya tidak menuruti perintahnya.
0 Response to "Parking OKU, Saman Diri Sendiri"
Post a Comment