
MACAM-macam
perangai manusia yang tidak terfikir dek akal kita. Lelaki ini, misalnya,
mengahwini pizza kerana baginya pizza tidak akan mengkhianatinya, berbanding
manusia.
Lelaki yang tidak dinamakan
dan berasal dari Rusia serta berumur 22 tahun ini memutuskan untuk menjadikan
pizza, yang merupakan makanan kegemarannya sebagai satu komitmen untuk
dirinya.
Pihak berkuasa Rusia
bagaimanapun menolak pendaftaran perkahwinan berkenaan dan gereja juga enggan
menerimanya.
Akhirnya perkahwinan
diadakan di restoran pizza dengan chef dan pengurus restoran sebagai
saksi.
Restoran pizza itu juga
memberikan sijil kahwin.
Butiran lanjut mengenai apa
yang berlaku pada malam perkahwinan itu bagaimanapun tidak
didedahkan.
0 Response to "Pelik - Kahwin Dengan Pizza Kerana Pizza Setia Dan Tak Mengkhianati"
Post a Comment