Cinta tak selalunya
berakhir dengan bahagia. Ada yang berakhir dengan kepahitan dan meninggalkan
kenangan buruk.
Jadi, sebelum rasa sakit
menghantui anda, jangan sampai anda mencintai orang yang salah.
Jika tidak, diri anda
yang terluka. Sebelum terlambat, kenali 10 tanda sama anda anda mencintai orang
yang salah atau tidak!
1. Selalu rasa tertekan
Pernah tak anda ada
perasaan ganjil seperti rasa tertekan apabila berada di sisinya? Itu tandanya
anda mencintai orang yang salah.
2. Perlu sentiasa berhati-hati
Ketika bekerja memang
kita perlu berhati-hati, jika tidak kita lakukan kesilapan dan akan dimarahi
oleh bos. Tapi kalau dalam hubungan perlu sentiasa berhati-hati walaupun dalam
hal kecil, itu bukan lagi cinta!
3. Tidak lagi rasa bahagia
Salah satu tanda anda
mencintai orang yang salah ialah anda tidak lagi rasa excited atau bahagia jika bersama
dengannya.
4. Jumpa je gaduh!
Jika jumpa je selalu
gaduh dan ada je benda tak kena di mata dia, itu tandanya si dia bukanlah orang
yang sesuai untuk anda.
5. Rasa tertindas
Jika anda je yang nak
kena mengalah dan ikut je apa yang dia nak, tu bukan cinta dah tu.
6. Tidak menjadi diri sendiri
Si dia minta kamu ubah
itu, ubah ini sehinggakan kamu tidak lagi menjadi diri sendiri. Memang anda
silap memilih pasangan.
7. Rasa takut tiap kali melihat wajahnya
Hubungan yang bahagia
tidak perlu ada rasa takut. Jika anda rasa takut tiap kali melihat wajahnya, itu
tandanya anda mencintai orang yang salah.
8. Anda tidak dibenarkan masuk dalam hidupnya
Dalam hubungan, setiap
perkara tentang pasangan, kita perlu tahu. Tetapi, apabila si dia menyekat anda
untuk masuk dalam hidupnya, itu tandanya dia tidak mahu anda terlibat dengannya
secara langsung.
9. Si dia menyimpan rahsia dari anda
Jika si dia sampai tahap
menyimpan rahsia penting dari anda, itu tandanya anda tidak lagi penting dalam
hidupnya.
10. Si dia mengongkong & tak beri ruang peribadi pada anda
Sayang biar
berpada-pada. Kalau dah sampai tahap control hidup anda, itu bukan sayang
namanya. Tinggalkan sahaja okay!
SUMBER
HASANUVA
0 Response to "Perlu Tahu! 10 Tanda Anda Mencintai Orang Yang Salah!"
Post a Comment