Kebanyakan penumpang pesawat Rusia yang
terhempas di semenanjung Sinai, Mesir pada Jumaat dilaporkan telah meninggal
dunia sebaik sahaja pihak berkuasa penerbangan awam Mesir dan pegawai
keselamatan tiba di tempat kejadian pada Sabtu.
Pesawat Airbus A321, yang dikendalikan
oleh syarikat penerbangan Rusia Kogalymavia dengan nombor pendaftaran KGL-9268,
dalam perjalanan dari tempat peranginan Sinai Laut Merah Sharm el-Sheikh ke St
Petersburg, Rusia terhempas di kawasan pergunungan terpencil di tengah Sinai
selepas subuh, kata kementerian penerbangan.
Pegawai keselamatan di tempat kejadian
memberitahu Reuters melalui telefon, bahawa pasukan mencari dan menyelamat turut
mendengar suara-suara di dalam badan pesawat.
"Saya melihat adegan tragis. Mayat-mayat
bergelimpangan di tanah dan ada sebahagiannya meninggal dunia di tempat duduk
sendiri di dalam pesawat," jelas salah seorang pegawai yang berada di tempat
kejadian.
"Pesawat itu terbelah dua, sebahagian kecil di
hujung ekor yang dibakar dan bahagian besar terhempas ke batu. Kami telah
mengeluarkan lebih kurang 100 mayat dan selebihnya masih berada di dalam badan
pesawat."
Sinai merupakan lokasi kejadian pemberontakan oleh militan yang menyokong Negara Islam. Para pemberontak telah membunuh beratus-ratus tentera Mesir serta polis dan juga telah menyerang sasaran Barat dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Manakala Rusia telah melancarkan
serangan udara terhadap kumpulan pembangkang Syria termasuk Negara Islam pada 30
September lalu.
Namun sumber keselamatan Mesir berkata, tidak
ada petunjuk bahawa jet Airbus itu telah ditembak jatuh atau diletupkan.
Pesawat A321 yang mempunyai 185 tempat
duduk merupakan jet jarak sederhana telah digunakan dalam 1,100 operasi di
seluruh dunia sejak tahun 1994.
Ia merupakan sebuah pesawat automatik
bergantung kepada komputer untuk membantu juruterbang kekal dalam had yang
selamat ketika terbang.
Menurut data daripada Yayasan Keselamatan
Penerbangan insiden tersebut merupakan kemalangan maut kedua melibatkan pesawat
dari keluarga A320 ini.
Dalam pada itu, dilaporkan Perdana Menteri
Mesir Sherif Ismail menuju ke lokasi kemalangan dengan beberapa menteri kabinet
lain dengan menaiki jet peribadi.
Menurut Kementerian Penerbangan Awam Mesir, pesawat Airbus A 321 berlepas pada 05:51 masa Kaherah (0451 BST) dan hilang daripada radar 23 minit kemudian ketika berada dalam ketinggian 31,000 kaki (9,400 meter).
Misi mencari dan menyelamat lewat tiba di lokasi kejadian di kawasan Hassana disebabkan faktor cuaca yang kurang baik.

-mstar
0 Response to "Pesawat A321: Semua Penumpang Telah Meninggal Dunia"
Post a Comment