
Jemaah datang dari jauh, kadangkala sebelah
taman sahaja. Namun adakalanya dihalau, adakalanya tidak dibenarkan menumpang
walaupun satu malam sahaja.
Sungguh kalian sedang melakukan apa ini?
Mereka menyeru orang kampung dan taman kalian kepada Allah, kepada mengimarahkan
masjid. Mereka usahakan iman mereka, mereka turut mengajak tuan-tuan
mengusahakan iman.
Mereka datang dari jauh-jauh meninggalkan anak isteri
sebentar berkorban waktu kerja demi agama Allah. Jika mereka nak tidur di hotel,
boleh sahaja. Bukannya mereka tidak mampu. Namun masjid adalah tempat turun
rahmat Allah, tempat terbaik untuk islah diri.
Apabila dihalau
orang-orang usaha agama ini, tidakkah takut kalian akan bala Allah yang mungkin
tiba pada bila-bila masa? Lupakah kalian akan tawaran Allah dan malaikat penjaga
gunung kepada Rasulullah tatkala baginda dihalau oleh penduduk
Taif?
Sungguh kalian seolah-olah mengikuti yahudi dan nasrani sedikit
demi sedikit.
0 Response to "PUNCA JEMAAH TABLIGH DILARANG BERMALAM DI SURAU TERJAWAP"
Post a Comment