Gambar Hiasan
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah
mengaku merogol adik beliau yang berusia lapan tahun selepas menonton video
lucah menerusi Xbox.
Budak yang tidak boleh dinamakan atas
sebab-sebab undang-undang, juga mengaku bersalah kerana menyerang gadis itu dan
menghasut beliau untuk melakukan perbuatan seksual kepadanya.
Kes itu mencetuskan perdebatan tentang akses
kanak-kanak kepada video lucah, dengan kumpulan anti rogol meminta kawalan yang
lebih ketat.
Dia memberitahu polis dia telah menonton video
lucah menerusi Xbox bersama seorang rakan dan 'membuat keputusan untuk
mencubanya'. Tambah lelaki berkenaan, beliau memilih adiknya kerana beliau masih
kecil dan 'mudah lupa'.
Remaja berkenaan yang muncul di Mahkamah
Majistret Blackburn pada hari Selasa, diikat jamin dan dibernarkan untuk hidup
bersama ahli keluarga beliau, manakala pasukan belia menyediakan pra- hukuman
ke atasnya .
Mangsa kini dipantau oleh beberapa pakar untuk
sementara waktu.
Penyelaras Kumpulan Operasi Krisis Rogol (Rape
Crisis Charity), Fiona Elvines berkata kanak-kanak yang mempunyai akses kepada
video lucah adalah satu 'kebimbangan'.
"Ini akan benar-benar menjejaskan kestabilan
kehidupan gadis kecil ini.
"Ia akan mengambil masa yang sangat lama dalam
proses membaik pulih keadaan beliau. Landasan hidup beliau akan berbeza dan saya
tidak mahu itu berlaku kepada orang lain," katanya.
Fiona berkata apabila kanak-kanak melihat aksi
lucah, mereka tidak mempunyai sebarang konteks. Ini akan mewujudkan tekanan ke
atas kanak-kanak yang akan menjadi lebih seksual, terutamanya di kalangan
kanak-kanak lelaki muda untuk melakukan hubungan seks pada usia yang begitu
muda.
Beliau juga meminta pihak kerajaan untuk
memandang serius tentang perkara ini dan berharap bahawa pembekal perkhidmatan
internet akan mengambail tanggungjawab yang lebih besar untuk mengawal akses
kanak-kanak kepada kandungan lucah.
Satu rang undang-undang keselamatan dalam
talian baharu akan dibincangkan oleh jawatankuasa kerajaan Britain walaupun
tarikhnya belum ditentukan.
Ia mencadangkan bahawa pengguna internet perlu
membuktikan mereka melebihi usia 18 tahun untuk melihat kandungan dewasa.
Pada masa ini, sekatan perlu dilaksanakan dalam
setiap peranti dengan akses internet.
Menurut laman web khidmat pelanggan Xbox,
pengguna boleh menukar akses kepada permainan, filem dan kandungan televisyen
mengikut kesesuaian.
Ibu bapa juga boleh menyekat akses kepada
internet dan menukar ciri keselamatan dan privasi dalam talian untuk akaun
mereka.
Microsoft, syarikat yang membuat alat permainan
video itu telah menyatakan simpati kepada semua yang terlibat dalam kes
ini.
"Di Microsoft, kami mempunyai beberapa sistem
yang ketat yang membenarkan ibu bapa untuk mengawal apa yang anak-anak mereka
bermain dan menonton dalam talian."
Fiona berkata, ibu bapa juga harus cuba untuk
bercakap tentang seks dan hubungan bersama anak-anak mereka. Subjek berkenaan
juga diwajibkan di sekolah-sekolah, mengikut kesesuaian umur-umur pelajar.
"Apabila kita bercakap dengan anak-anak ,
mereka berkata ibu bapa mereka tidak tahu apa yang mereka lihat.
"Pada masa ini , kanak-kanak berfikir bahawa
apa yang mereka menonton adalah apa yang orang dewasa lakukan apabila mereka
melakukan hubungan seks, tetapi mereka perlu tahu bahawa ia adalah tidak, "
katanya.
0 Response to "Remaja 13 Tahun Mengaku Rogol Adik Perempuan 8 Tahun Lepas Tak Tahan Tonton Video Lucah"
Post a Comment