
Kekecohan berhubung kes cubaan culik Zahirah
MacWilson yang menjadi bualan hangat akhirnya dijawab sendiri oleh empunya
badan.
Dakwa Zahirah, dia
sebenarnya cuba di culik ketika berada di perkarangan The Curve dan bukannya di
tempat letak kereta aras bawah pusat membeli-belah tersebut sebagaimana yang
tersebar sebelum ini.
"Setiap kenyataan sebelum ini hanyalah cerita
tidak betul yang ditokok tambah oleh beberapa pihak
tertentu.
"Selepas kejadian
tersebut saya telah melaporkan insiden tersebut kepada pihak pengurusan The
Curve dan meminta agar mereka mempertingkatkan lagi keselamatan di premis mereka
meskipun kes penculikan itu tidak benar-benar berlaku di bangunan The Curve,"
ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Instagramnya.
Tambah Zahirah, dia berharap dengan penjelasan
panjang lebar itu, tiada lagi pihak yang akan memutar belitkan
cerita.

SUMBER KUALALUMPURPOST
0 Response to ""SAYA CUBA DICULIK DI LUAR CURVE, BUKAN DI DALAM" - ZAHIRAH"
Post a Comment