Slim River – R. Perima,
75, ibu kepada mangsa yang ditemui mati tanpa kepala di dalam longkang di Jalan
Kampung Batu 4 di sini, semalam mahu hukuman setimpal dikenakan ke atas mereka
yang terlibat.
Perima berkata K.
Ganesan, 50, yang merupakan anak kelima daripada sembilan beradik itu seorang
anak yang baik dan tidak suka bergaduh.
“Kenapa buat anak saya
macam tu. Dia (Ganesan) tidak suka kacau orang, dia pun tak ada duit, tak ada
apa.
“Polis ada bagi tahu
saya suspek telah ditangkap, saya mahu jumpa suspek itu, saya mahu pukul dia,
saya mahu dia dikenakan hukuman yang setimpal,” katanya ketika ditemui di
rumahnya di Taman Slim Indah, di sini hari ini.
Beliau terkejut dan
sedih selepas menerima berita kematian Ganesan daripada anggota polis yang
datang ke rumahnya kira-kira 5.30 pagi semalam.
“Saya sedih bila dapat
tahu dia dibunuh. Saya dah lama tak jumpa anak saya kerana dia bekerja di sebuah
bengkel di Slim River dan tinggal di situ. Dia tidak ada hubungi
saya.
“Kali terakhir jumpa
ketika dia pulang ke rumah dua bulan lepas tetapi dia tidak tidur di rumah,”
katanya dalam nada sebak.
Perima berkata Ganesan
baru dua bulan tinggal dan bekerja di sini (Slim River) kerana sebelum ini dia
tinggal di Raub, Pahang bersama isteri serta sepasang anaknya berumur 20 tahun
dan 22 tahun.
“Dia bekerja dan tinggal
di sini kerana bergaduh dengan isterinya di sana (Raub). Isteri dan anaknya tahu
tentang berita kematian ini dan akan datang ke sini Isnin ini,” katanya sambil
menambah menantunya mahu mayatnya Ganesan disemadikan di Raub.
Ibu tunggal itu berkata
pihak hospital tidak membenarkan beliau serta empat anaknya melihat mayat
Ganesan dan meminta mereka untuk datang semula ke hospital pada Isnin
ini.
Ganesan ditemukan dalam
keadaan tanpa kepala pada 2.10 pagi semalam.
Susulan penemuan mayat
itu, polis menahan seorang pemandu lori di rumah bapanya di sebuah kampung di
Gerik, petang semalam dan menemukan sebilah parang panjang kira-kira 0.8 meter
dan satu beg silang mengandungi sebilah pisau panjang kira-kira 0.15
meter.
Selain itu, polis turut
menemukan satu guni plastik makanan anjing berwarna merah dan kuning dan di
dalamnya terdapat satu plastik sampah warna hitam mengandungi kepala manusia
yang disyaki kepala mangsa, lapor Bernama.
0 Response to "'SAYA MAHU PUKUL PEMBUNUH ANAK SAYA!'"
Post a Comment