Ibu
kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu yang mengaku murtad pernah
berdoa di Makkah agar anaknya kembali semula ke pangkuan Islam. Kalthum Omar
atau dikenali sebagai Mak Som berusia 77 tahun pernah mengunjungi Baitullah
sebanyak dua kali dengan membawa satu satunya harapan. Dia mahu anak gadisnya
kembali ke jalan ALLAH.
Rayuan Ibu Lina
Joy
Ogos
2006 – Di hadapan kaabah, seorang wanita bertubuh kurus dari Malaysia sedang
menadah tangan, berdoa. Airmatanya tumpah ke bumi Mekah. Dia tersedu sedu ketika
bibirnya mengucapkan satu persatu luahan hatinya untuk dikongsikan kepada ALLAH
s.w.t.
Ini
bukan kali pertama wanita berumur 70 tahun ini menjejakkan kaki ke Mekah. Sudah
dua kali wanita tersebut mengunjungi Baitullah dengan membawa satu satunya
harapan. Dia mahu anak gadisnya kembali ke jalan ALLAH.
Doa
dan hajat wanita ini cukup besar, dia mengimpikan sekembalinya dari Mekah, anak
gadisnya beubah dan kembali semula kepada agama asal iaitu Islam.
Selama
dua minggu diMekah, wanita itu menyerahkan dirinya bulat bulat kepada ALLAH.
Sakit pening yang tiba tiba menyerang kesihatannya digagahi jua. Dia sedar hanya
itu jalan terakhir kerana wanita tersebut yakin ALLAH masih sayangkan anak
gadisnya.
Awal
oktober lalu ketika umat Islam menunaikan badat puasa, Mastika berdiri dihadapan
rumah teres setingkat di Kuala Lumpur. Kedatanga kami yang tidak berjemput pagi
itu disambut seorang tua. Adakah wanita di hadapan kami ini yang kami cari cari
selama ini? Berbaju dan bertudunbg putih, berumur lingkungan awal 70an. Apabila
kami menyebut namanya, wanita ini diam. Tetapi apabila disebut nama Lina Joy,
tiba tiba saja air mukanya berubah hiba.
"Ya,
memang sayalah ibunya. Saya yang melahirkan Alin dan saya jugalah yang
membesarkannya," tutur wanita ini tersekat sekat kerana terlalu sedih. Kami
diberitahu Alin merupakan pangilan manja seluruh ahli keluarga kepada Lina Joy.
Kami berbual bual biasa dulu. Bertanyakan khabar kemudian bertanya tentang
wanita ini ke
Mekah
dua bulan yang lalu. Adakah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan?
Berkali kali wanita ini melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana
diberikan peluang sekali lagi mengerjakan umrah.
Meskipun
selama tiga hari di Madinah dia diserang demam panas namun berkat sokongan
saudara mara dan rakan rakan, akhirnya wanita ini telah menyudahkan segala
suruhan Allah.
"Alhamdulillah … mak cik
bersyukur," ucapnya perlahan.
Dari
raut wajahnya jelas ibu ini cukup tabah. Dugaan yang dihadapinya bukan sedikit
namun dia masih mampu tersenyum. Kata ibu tunggal kepada enam anak ini, sejak
suaminya meninggal dunia pada tahun 1995, dia tinggal bersama dua orang anaknya.
Yang lain pula sudah berkeluarga.
"Mak
cik redha bila kehilangan suami. Allah lebih sayangkan dia. Mak cik gembira bila
anak anak tidak pernah lupakan mak cik," tutur wanita ini.
Apabila
ditanya sama ada Alin juga tinggal bersamanya atau sudah berpindah ke tempat
lain, wanita ini tunduk. Dia menjawab, sudah lama Alin tidak tinggal sebumbung
dengannya. Tahun 1998 Alin keluar dari rumah, katanya dia mahu tinggal dengan
seorang rakan.
Doa
dan hajat wanita ini cukup besar, dia mengimpikan sekembalinya dari Mekah, anak
gadisnya beubah dan kembali semula kepada agama asal iaitu Islam.
Majalah
Mastika pada Disember 2006 pernah menemui Mak Som untuk mendapatkan perkembangan
lanjut tentang 'Alin' panggilan keluarga kepada Azlina yang merupakan anak
ketiga daripada enam beradik.
Apabila
ditanya sama ada Alin juga tinggal bersamanya atau sudah berpindah ke tempat
lain, Mak Som tunduk. Dia menjawab, sudah lama Alin tidak tinggal sebumbung
dengannya. Tahun 1998, Alin keluar dari rumah, katanya dia mahu tinggal dengan
seorang rakan.
Sejak
itu Alin jarang jarang pulang ke rumah. Kalau balik pun sekejap saja. Bila
ditanya Alin memberikan macam macam alasan. Mulanya wanita ini anggap Alin
bergurau. Tetapi apabila Alin bungkus barang barangnya, wanita ini jadi pelik
sebab almari pakaian kosong. Yang tinggal Cuma beberapa helai baju kurung.
Kenapa
Alin keluar rumah? Alasan Alin mudah, senang hendak ke pejabat. Kerana
percayakan Alin, wanita ini akhirnya tidak menghalang kemahuan Alin. Apa yang
penting anak gadisnya itu tahu menjaga diri.
Siapa
temah serumah Alin? Ibu ini tidak mengetahuinya. Alin memberitahunya dia tinggal
di sebuah taman perumahan di Puchong, Selangor dengan seorang kawan.
"Mak cik percaya sebab mak cik tahu Alin takkan
sanggup tipu ibu bapa sendiri. Mak cik ingatkan Alin jangan lupa sembahyang,
jaga diri dan jangan lupa balik kalau ada masa terluang. Alin mengangguk,"
cerita wanita ini.
Adakah itu detik detik
permulaan yang membawa kepada Alin keluar dari agama Islam?
Lama
wanita ini termenung. Dia memberitahu, jika ditanya bilakah waktu anak gadisnya
itu murtad, dia sendiri tidak tahu, hinggalah suatu petang Alin pulang
menjenguknya.
"Alin
tanya mak cik, posmen ada hantar surat untuknya? Mak cik kata tak ada, yang ada
surat orang lain. Mak cik sendiri tak kenal, nama tercatat atas sampul surat itu
juga belum pernah mak cik dengar.
"Mak
cik beritahu Alin, nama atas surat itu bukan nama orang Melayu, bukan nama orang
Islam. Alin tanya mak cik, surat siapa? Mak cik kata surat yang dikirim itu atas
nama LINA JOY," luah wanita ini.
Memang
nama itulah yg tertulis di atas beberapa keping surat yang sampai ke alamat
rumah wanita ini.
Pelik, kerana nama itu belum
pernah di dengar. Bila wanita ini bertanya anak anak dan menantunya, tiada siapa
yang tahu pemilik surat tersebut. Tetapi apabila Alin bertanya, pantas sahaja
dia mengaku surat yang sampai di atas nama Lina Joy itu miliknya.
"Mak
cik jadi hairan, Alin kata dengan mak cik itu surat dia. Nama Lina Joy itu
namanya," cerita ibu ini kepada Mastika.
Dalam
diam wanita ini terkedu. Apa sudah jadi dengan Alin? Kenapa tiba tiba sahaja
namanya bertukar kepada Lina
Joy?
Bukankah nama Alin itu nama yg cukup indah?
Lupakah
Alin nama itu diberikan oleh arwah ayahnya?
Namun
selepas tamat persekolahan Alin yang berkerja disebuah syarikat swasta di Lembah
Klang, mula berubah. Alin banyak menghabiskan masa dengan rakan rakan
sepejabatnya di luar.
"Tetapi
Alin kecewakan mak cik," tutur wanita ini sambil mengesat air matanya. Tahun
2000, ada desas desus yang sampai ke telinga wanita ini tentang anak
gadisnya,
Alin.
Berita itu kurang enak didengar. Alin dikatakan sudah berubah. Kononya Alin
berkawan rapat dengan seorang lelaki berlainan bangsa dan agama. Apa yang lebih
memedihkan ibu tua iti, Alin dikatakan sudah murtad! Alin sudah jadi LINA
JOY.
"Nafas
mak cik sesak. Rasa dunia ini jadi gelap. Fikiran mak cik teringatkan arwah
ayahnya. Kalau benar apa yang dikatakan orang, mak cik tak sanggup kehilangan
Alin. Dia harapan keluarga, harapan arwah ayahnya.
Mak
cik suruh abangya pergi cari Alin. Alin balik ke rumah. Mak cik nak Alin tinggal
dengan mak cik, biarlah mak cik yang jaga Alin. Tapi semua usaha itu gagal. Alin
tetap berdegil untuk tidak pulang," kata wanita ini lagi.
"Mak
cik pujuk Alin, Mak cik cakap pada Alin, baliklah nak …..ibu rindu. Dah lama
Alin tak balik menjenguk mak. Seminggu lepas itu Alin balik, kata wanita
ini.
Apabila
ditanya sejauh mana kebenaran cerita tersebut, Lina Joy tidak menjawab,
sebaliknya hanya membatukan diri. Kenapa Lina Joy murtad? Lina Joy berikan
alasan mahu berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya.
Menurut
laporan Utusan, Mak Som yang akan menunaikan umrah di Mekah minggu ini akan
berdoa supaya agar anaknya dibuka pintu hatinya untuk menerima Islam dan
menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.
Mak
Som berkata keluarga masih menyayanginya dan tidak pernah menyisihkannya
walaupun keadaannya telah berubah.
""Saya
tidak pernah bagi izin untuk Alin masuk agama lain dan tidak sesekali merestui
anak saya murtad.
""Saya telah mendidik anak
saya sebagai orang Islam dan dia masih beragama Islam,'' katanya dengan nada
sedih.
Mak
Som membuat pengakuan itu bagi menafikan kenyataan bahawa beliau dan keluarga
merestui Azlina memeluk agama lain untuk mengahwini seorang lelaki.
"Alin
pandai mengaji, boleh membaca Yasin, malah semasa bapa dan neneknya meninggal
dunia, dialah yang membaca Yasin.
""Dia juga
berpuasa dan sembahyang serta pernah bersembahyang tarawih semasa bulan puasa,''
jelasnya.
Mak
Som memberitahu, Azlina masih berhubung dengan keluarganya melalui telefon atau
Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) malah pada Hari Raya tahun lalu, dia balik ke
rumah meraikan bersama-sama.
""Hanya setelah
Alin pindah ke Sarawak hampir dua bulan lalu, mak cik tidak berjumpa
dengannya,''" katanya.
Sementara
itu, menurut jurucakap keluarga itu, tindakan Azlina untuk keluar dari Islam dan
memeluk agama lain sejak 1998 adalah suatu keputusan yang tidak pernah diduga
keluarganya.
"Pelbagai
usaha telah dilakukan oleh keluarga ini untuk memujuk Azlina pulang ke pangkuan
mereka.
""Kami telah pujuk dia secara baik dan
diplomasi, malah dia juga pernah diberi nasihat oleh Mufti Selangor serta diberi
surat untuk menghadiri kaunseling, namun dia tidak menghadirinya,'' "
katanya.
0 Response to "SAYU! IBU SUJUD DEPAN KAABAH DOA ANAK MURTAD KEMBALI KE PANGKAL JALAN"
Post a Comment