Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setuju untuk diambil keterangan
berhubung derma RM2.6bilion yang didakwa didepositkan ke akaun peribadi
beliau.
Dalam kenyataan SPRM itu hari ini, Ketua
Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamad berkata suruhanjaya itu telah
menghubungi Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Najib setuju untuk diambil
keterangan.
"SPRM sedang menunggu tarikh untuk menemubual
beliau (perdana menteri) bagi memberi penjelasan berhubung isu-isu yang
berkaitan dengan siasatan," katanya.
Perkara tersebut dinyatakan oleh kepada pemberita
selepas Majlis Perbariasan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM, di Kompleks
SPRM Johor hari ini.
SPRM juga telah dan sedang mengambil segala
tindakan bagi melengkapkan siasatan kes bekas anak syarikat 1MDB iaitu SRC
International.
Ia berkaitan dakwaan sejumlah RM42 juta yang
dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib.
Suruhanjaya itu juga mengulangi dengan mensasarkan
ia dilengkapkan sebelum akhir tahun ini dengan syarat boleh akses dan mengambil
keretangan dua pengarahnya yang masih berada di luar negara.
Bagaimanapun semalam portal The Malaysian
Insider melaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata SPRM
telah merekodkan keterangan Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff
Kamil and pengarah Datuk Suboh Md Yassin.
Dalam kenyataan itu, Abu Kassim juga berkata
suruhanjaya akan menjalankan siasatan merangkumi semua aspek dan bekerja keras
untuk menyiapkan kertas siasatan mengikut tempoh yang disasarkan.
Beliau juga berkata siasatan mengenai dana RM2.6
bilion itu, SPRM memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan kerana kebanyakan
transaksi berlaku di luar negara, di mana ia memerlukan 'Mutual Legal Assintance
(MLA).
Justeru itu, katanya, SPRM memerlukan masa untuk
mendapatkan kerjasama beberapa phak dari luar negara.
Abu Kassim juga berkata pihaknya tidak akan
berkompromi dari sudut kepentingan bukti dan saksi penting demi menyiapkan
siasatan dua kes tersebut, malah akan memaklumkan siasatan dari semasa ke
semasa.
0 Response to "SPRM TUNGGU TARIKH SOAL SIASAT NAJIB ISU RM2.6 BILLION"
Post a Comment