Seorang lelaki berusia 57
tahun bertindak menelefon bomba memaklumkan dia mahu terjun dari tingkat 15
sebuah apartmen di Bandar Hilir, Melaka, kelmarin.
Lelaki yang merupakan bekas
anggota tentera ini menelefon bomba kira-kira jam 12 tengah malam selepas dia
gagal menghubungi isterinya.
Difahamkan, bapa kepada
tiga anak ini berbuat demikian kerana mempunyai krisis rumah tangga dan berasa
sunyi selepas isterinya berusia 50-an tidak pulang ke rumah.
Timbalan Penguasa Bomba
(Bahagian Operasi) negeri, Kamarulzaman Mohd. Din berkata, selepas dimaklumkan,
sebuah jentera dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Respon Perubatan Kecemasan
(EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu bersama 15 anggota
termasuk unit khas dikerah ke lokasi kejadian.
Menurutnya, lelaki itu
berjaya diselamatkan selepas dipujuk hampir tiga jam dengan kerjasama polis,
ahli keluarga dan pengurusan bangunan berkenaan.
“Ketika proses memujuk,
lelaki tersebut turut meluahkan perasaan kepada isterinya, selain memarahi tiga
anaknya. Operasi menyelamat tamat pukul 2.40 pagi,” katanya.
Sinar
Harian
0 Response to "Suami Merajuk Telefon Bomba Maklum Mahu Terjun Tingkat 15"
Post a Comment