Suspek Bunuh Kejam Remaja Perempuan Disambung Reman 7 Hari

Georgetown – Polis menyambung reman tujuh hari ini ke atas suspek lelaki yang disyaki membunuh pelajar perempuan berusia 17 tahun untuk membantu siasatan di Mahkamah Majistret di sini, tadi.


Suspek Bunuh Kejam Remaja Perempuan Disambung Reman 7 Hari

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, perintah menyambung reman itu diperoleh pihaknya pada 10.31 pagi tadi selepas tempoh reman sebelum ini berakhir semalam.

“Siasatan masih lagi dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Intan Suraya Mawardi
Intan Suraya Mawardi - mangsa pembunuhan kejam


Dalam kejadian pada 7.30 malam Ahad lalu, seorang gadis, Intan Suraya Mawardi, 17, ditemui mati dibunuh dengan kesan kelar di lehernya di Teluk Kumbar oleh bapanya selepas pulang dari kerja.

0 Response to "Suspek Bunuh Kejam Remaja Perempuan Disambung Reman 7 Hari"

Post a Comment