Seorang suami yang
mentaati Islam tidak sesekali akan menidakkan kehendak isteri dalam aktiviti
seksual dan tidak sesekali memandang remeh kehendak isteri.
Tanggungjawab
antara suami dan isteri harus berlaku dalam keadaan yang 'harmoni' tanpa
mencederakan secara fizikal.
"Sex
yang kasar dan menyakitkan adalah dilarang dalam Islam. Oleh itu, semua pasangan
harus mencari solusi terbaik untuk memuaskan kehendak masing-masing.
"Walaupun
perkara tersebut tidak menentang syarak, namun ia harus mendapat persetujuan
daripada isteri. Jika si isteri tidak menikmatinya maka ia adalah haram dalam
perkahwinan," tegas Mohd Asri berhubung kaitan ejakulasi pramatang.
Mufti
Perlis ini berkata seorang suami yang menolak kehendak isteri untuk melakukan
hubungan seksual telah melakukan dosa sama seperti isteri yang menolak kehendak
suami.
Walaubagaimana
pun, seorang isteri boleh menolak 'kehendak' suami jika dimasa akan datang akan
mendatangkan kemudaratan kepada isteri seperti penyakit Aids.
0 Response to "Tak Boleh Tarik Kalau Isteri Tidak Izinkan - Dr Maza"
Post a Comment