Tak Reti Buat Kerja! Bodoh Punya Doktor Pelatih!'- Di hospital kerajaan cabuk yg dipenuhi doktor pelatih Tak Reti Buat Kerja"



Kisah dikongsi oleh pemilik facebook abdul rahman abdul kadir , mungkin ada yang ingin menyampaikan sebelum ini namun tidak kesampaian kan , jadi nah ada orang dah bising sekarang  , apa tindakan nak buat mcam nie eh !

Acapkali apabila datang ke hospital kerajaan, ramai yang enggan dan tidak mahu diperiksa dan dirawat oleh doktor pelatih (HO).

Alasan mereka adalah doktor pelatih sebenarnya tidak tahu merawat, tidak cekap dan khuatir perkara2 ini boleh memudaratkan pesakit.

Kerap kali apabila melihat doktor pelatih yang memakai white coat, masyarakat akan mencebik muka dan meminta supaya doktor senior (MO atau pakar) saja yang melihat mereka. Malah ada yang akan memarahi dan tidak kurang juga yang menghalau doktor2 pelatih ini.

Masyarakat harus faham, MO dan Pakar yang mereka pinta itu juga sebenarnya adalah HO satu ketika dahulu. Mereka tidak dilahirkan sebagai MO yg cekap sekelip mata seperti Spiderman menjadi hebat setelah digigit seekor labah2 makmal. Mereka menjadi hebat dan cekap hasil daripada peluang dan ilmu yang anda semua (para pesakit kami) berikan sebenarnya.

Doktor yang melihat dan merawat lebih banyak kes akan lebih banyak belajar dan menjadi lebih cekap. Of course bakat dan kecerdikan juga memainkan peranan yg akan membentuk watak dan peribadi seseorang doktor.

Jika seseorang doktor pelatih itu tidak diberikan peluang untuk belajar, mana mungkin mereka boleh menjadi doktor yg hebat satu hari nanti?

Ini adalah kerana jurusan doktor ini bukanlah ilmu yang dipelajari di dalam buku atau melalui google sahaja. Sebaliknya bidang ini memerlukan latihan amali bagi tujuan menjaga kelestarian kualiti doktor dan kepiawaian standard yang terpelihara zaman berzaman demi kesejahteraan manusia sejagat.

Pada era viral menviral ini, mungkin ramai yang mendengar 'pengalaman2 ngeri' dirawat oleh doktor pelatih. Cerita2 ini jika ada kebenarannya pun hanyalah merupakan kes2 terpencil yang tidak sepatutnya dihukum pukal kepada semua. 

Jangan hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Masyarakat tidak perlu risau kerana segala keputusan rawatan dan ubat2an yang diberikan adalah diputuskan oleh doktor senior (MO) sekurang2nya dan akan juga dipantau oleh pakar.

Doktor2 pelatih biasanya akan terlibat di dalam perkara2 teknikal sahaja seperti mendapatkan history (berbual dgn anda utk mendapatkan sejarah cerita pesakit), membuat pemeriksaan badan dan juga mengambil darah.

Ya. Part mencucuk utk mengambil darah inilah yang paling sensitif pada masyarakat. Mereka katakan, "doktor2 bodoh ini tidak geti buat kerja dan cucuk banyak kali. Aku kena bising dan marah, baru doktor senior datang. Doktor senior mai cucuk sekali je dapat. Bodoh punya doktor pelatih!". Ditype dan diupload di facebook. Lalu bermulalah tsunami makian ke atas penjawat awam tak kira peringkat sambil mereka berkongsi cerita2 ngeri mereka sejak 100 tahun yang lampau berurusan di hospital kerajaan.

Banyak faktor doktor tidak dapat mengambil darah dgn mudah sebenarnya. Kebanyakannya adalah kerana faktor pesakit itu sendiri yg mempunyai urat darah yg halus atau tak kelihatan. Juga pesakit kanak2 yang kerap menarik tangan mereka apabila dicucuk. Jika urat kelihatan timbul, hampir mustahil seorang doktor pelatih untuk gagal mencucuk dan mengambil darah.

Ya, mencucuk dan mengambil darah memerlukan teknik yang tertentu hingga mudah bagi doktor senior melakukannya. Tetapi anda harus ingat doktor senior tersebut menjadi cekap seperti itu dek kerana ribuan blood taking yg telah dilakukannya ketika dia HO.

Mungkin ada yang berkata, saya atau waris saya bukan bahan eksperimen utk doktor pelatih. Kami tak pernah anggap anda demikian. Kami anggap anda adalah guru kami, yang memberikan kami peluang untuk kami belajar dari anda. Saya sendiri berterima kasih kepada ribuan pesakit2 saya yang telah membenarkan saya melakukan prosedur ke atas mereka hingga saya bergelar pakar hari ini. Hanya Allah Taala saja yang boleh membalas jasa kalian.

Mengenangkan betapa pentingnya peluang untuk doktor pelatih belajar, saya sendiri apabila mahu mengambil darah untuk diri saya, saya akan minta doktor2 pelatih, malah pembantu pegawai perubatan untuk melakukannya. Malah ketika isteri dan anak saya sakit, saya benarkan juga doktor pelatih mengambil darah mereka. Alhamdulillah, tidak berlaku insiden perlu dicucuk lebih dua kali setakat ini. Allah memudahkan apabila nawaitu kita mulia.

Ramai yg mengatakan bahawa hospital swasta jauh lebih baik dari hospital kerajaan dalam soal ini. Hospital swasta tidak ada doktor pelatih utk 'eksperimen' atas anda. Jadi lebih mudah darah diambil oleh mereka2 yg cekap.

Hakikatnya, benarkah begitu? Ketika ibu saya dimasukkan di hospital swasta dulu, mereka gagal untuk mengambil darah beliau dan memasang branula. Hingga saya sendiri yang memasang branula dan mengambil darah untuk ibu saya. Lihat....Masalah yg sama juga berlaku di hospital swasta. Sama sahaja. Ia masalah yang berlaku di mana2.

Bezanya cuma satu:

Di hospital swasta, setiap kegagalan memasang branula, penggunaan syringe, kapas dan alkohol swab, serta upah melalukan prosedur akan dicaj kepada anda. Sungguhpun saya sendiri memasang branula terhadap ibu saya, saya dicaj untuk prosedur yang saya lakukan sendiri. ?????? (berpuluh ringgit juga mereka charge).

Di hospital kerajaan cabuk yg dipenuhi doktor pelatih pula, kegagalan memasang branula dan mencucuk banyak kali, akan dianugerahkan makian dari anda dan seluruh alam (selepas kena viral) sambil anda membayar lumayan kepada kami sebanyak satu ringgit. Thanks uols.

0 Response to "Tak Reti Buat Kerja! Bodoh Punya Doktor Pelatih!'- Di hospital kerajaan cabuk yg dipenuhi doktor pelatih Tak Reti Buat Kerja""

Post a Comment