
TAMPIN – Apa nak jadi? Itu luah orang
awam sebaik melalui Taman Tasik Tampin dan melihat tempat riadah berkenaan
dicemari sikap segelintir individu yang menjadikannya kawasan melampiaskan
nafsu.
Malah tinjauan Sinar Harian di lokasi berkenaan kelmarin dalam
tempoh setengah jam mendapati, terdapat sepasang remaja duduk berdua-duaan malah
seorang daripadanya masih berbaju seragam sekolah.
Ada juga kereta yang
datang singgah, namun tiada pula pemandu atau penumpang yang turun walaupun
selepas lebih lima minit berada di lokasi berkenaan.
Orang awam yang
ingin dikenal sebagai Abdulah Hamid berkata, senario berkenaan biasa dilihat
hampir setiap hari termasuk pada waktu tengah hari.
“Ada yang datang dan
duduk terlalu rapat di tempat duduk disediakan. Tempat ini terbuka, pasangan ini
perlulah jaga tingkah laku lebih-lebih lagi yang beragama Islam.
Kita
pula malu lihat mereka, lebih-lebih lagi bila lihat anak muda yang masih jauh
perjalanan hidup bertindak tak sopan seperti ini,” katanya
semalam.
Pengunjung yang ingin dikenali sebagai Haikal berharap, pihak
bertanggungjawab dapat memantau lokasi ini dan menahan mereka yang berkelakuan
tidak bermoral jika perlu.
“Bagi pengajaran pada mereka ini, kalau boleh
bina papan tanda dilarang buat maksiat di sini. Dari rasa malu, saya jadi marah
bila lihat mereka tak ada perasaan segan dengan orang sekeliling.
“Kalau
boleh, mahu saja saya yang bagi peringatan pada mereka, namun saya bimbang
keselamatan saya kalau mereka tak puas hati dengan saya,” katanya.
Sumber
0 Response to "Taman Tasik Tampin jadi tempat lampias nafsu"
Post a Comment