
Selepas makan, mata kami terpaku dengan
tindakan seorang makcik. Walaupun dalam keadaan uzur, beliau bangun ke tempat
basuh tangan dengan mangkuk kosong. Kami terpana, atas tujuan apa dipenuhkan
bekas tersebut dgn air paip tersebut.
Sekembalinya makcik tersebut ke
meja makan, beliau membasuhkan tangan suaminya dan melayan suaminya untuk
menjamah dan menjamu selera bagai seorang putera raja. Subhanallah, Allah
hadirkan satu fenomena dan sketsa ringkas yang sukar dilihat pada hari ini.
Ramai isteri takut dan gusar kehilangan suami, tetapi tidak tahu
bagaimana nak bahagiakan suami.
Kadangkala, ada isteri yang bergelar
ustazah pun belum tentu boleh melayan dan memuliakan suami sedemikian rupa. Saya
mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke syurga Allah. Semoga
sketsa yang dihidangkan secara spontan ini mendidik wanita diluar sana agar
menghargai dan memuliakan suami pada tempatnya.
Wallahu’alam.

0 Response to "Tindakan Mengejutkan Makcik Tua Terhadap Suaminya Telah Membuatkan Kisah Ini Viral Di Laman Sosial"
Post a Comment