Ular Sawa 80 Kg Panjang 6 Meter Baham Babi Hutan Ditangkap

BALING: Ular sawa sepanjang enam meter dan beratnya mencecah kira-kira 80 kilogram ditemui penduduk Kampung Charuk Kelian Dalam di kawasan paya di Kupang dekat sini.


Ular Sawa 80 Kg Baham Babi Hutan Ditangkap


Haiwan itu ditemui dalam keadaan tidak bergerak selepas dipercayai menelan seekor babi hutan.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di sini, Mohd Faizol Ab Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan reptilia itu pada 1.30 petang, Jumaat.

“Empat anggota kami ke kampung itu dan dengan bantuan penduduk kami berjaya menangkapnya,” katanya.

Beliau menambah, pasukan itu mengambil hampir 45 minit untuk memindahkan ular sawa berkenaan dari kawasan paya.

“Perutnya menggelembung dipercayai baru saja menelan babi atau babi hutan,” katanya.

Penduduk kampung, Zahid Talib, 45 berkata, haiwan itu ditemui pada kira-kira pukul 11 pagi oleh penjerat burung di ladang getah berhampiran.

0 Response to "Ular Sawa 80 Kg Panjang 6 Meter Baham Babi Hutan Ditangkap"

Post a Comment