
Mahkamah Tinggi di sini,
hari ini memutuskan pertuduhan dihadapi oleh suami Umie Aida yang juga bekas
Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam
Matthias Chang adalah tidak mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah
Khas) 2012 (SOSMA).
Hakim Datuk Mohd Azman
Husin turut memerintahkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen kerana
kesalahan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara
maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.
Pelakon Datin Seri Umie
Aida membayar jaminan manakala adik Chang membayar jaminan bagi pihak Chang.
Mereka ditahan di Balai Polis Dang Wangi dan di Penjara Sungai Buloh lebih dua
bulan. Hakim menetapkan 12 Januari tahun depan bagi pengurusan kes sebelum kes
itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen.
Sementara itu, Umie Aida
berkata beliau bersyukur dan gembira dengan keputusan mahkamah hari ini manakala
Tun Mahathir yang turut hadir menyatakan bahawa keputusan yang dikeluarkan
mahkamah itu akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman negara.
(SUMBER ROTIKAYA)
0 Response to "Umie Aida Jamin Suami Keluar Tahanan RM10,000, Bersyukur Dengan Keputusan Mahkamah"
Post a Comment