Satu video yang merakamkan layanan seorang pekerja Starbuck kepada seorang pelanggan yang pekak menjadi viral di media sosial beberapa hari lepas.
![]() |
Pelanggan tersebut, Rebecca King, dari Florida memuat naik video kejadian itu ketika dia cuba memesan kopi di sebuah starbuck tempatan melalui pandu lalu.
Pada awal video tersebut kedengaran suara seorang wanita dari mesin intercom.
"Hi, selamat datang ke Starbucks", kata wanita itu. "Apa yang kami boleh dapatkan untuk anda hari ini?"
Rebecca bagaimanapun tidak memberi respon dan menunggu sahaja di tempat duduknya. Beberapa saat kemudian, seorang pelayan Starbuck muncul melalui monitor.
Rebecca kemudiannya berkomunikasi dengan pelayan tersebut menggunakan bahasa isyarat dan apa yang mengharukan pelayan tersebut membalas balik melalui bahasa isyarat juga.
Video tersebut menjadi viral di media sosial sehingga ditonton lebih dari 9 juta kali di Facebook dan dikongsi lebih dari 200,000 kali.
Difahamkan, pelayan Starbuck di dalam video tersebut dikenali sebagai Katie Wyble, seorang pelajar kolej 22 tahun yang mempunyai minat terhadap bahasa isyarat sejak dia di sekolah rendah.
Saksikan Video di bawah:
Starbucks! This is what I'm talking about! ❤️Share it away! We can change the world! :)For Licensing/Usage Please contact licensing@viralhog.comPosted by Rebecca King on Tuesday, November 3, 2015
0 Response to "Video Layanan Pekerja Starbuck Kepada Pelanggan Pekak Jadi Viral"
Post a Comment