Barcelona memohon maaf secara terbuka
selepas beberapa pemain kelab itu mengganggu sidang media dengan meraikan
sambutan Halloween.
Dalam insiden itu seramai lima bintang
Barcelona cuba meraikan kemenangan 2-0 ke atas Getafe dengan membuat bising
sambil memakai topeng di kawasan sidang media.
Pada masa sama, pemain Getafe, Victor Rodriguez sedang menjawab soalan para pemberita mengenai kekalahan pasukannya.
Pada masa sama, pemain Getafe, Victor Rodriguez sedang menjawab soalan para pemberita mengenai kekalahan pasukannya.
Lima pemain yang menimbulkan kekacauan tersebut
ialah Gerard Pique, Luis Suarez , Neymar, Marc Bartra dan Jordi
Alba.
Berikutan itu, Rodriguez turut mengutuk
tindakan pemain Barcelona yang tidak menghormati lawan serta sidang media yang
diadakan.
Akibatnya, Barcelona terpaksa memohon
maaf kepada semua pihak yang terlibat kerana gagal mengawal disiplin pemain di
dalam stadium.
-mstar
0 Response to "Video Lima Bintang Barcelona Bertindak Biadap"
Post a Comment