
NEW YORK – Salah sebuah
lukisan terkenal karya seniman Itali, Amedeo Modigliani akhirnya berjaya dijual
dalam acara lelongan di sini pada Isnin lalu dengan harga mencecah AS$170.4 juta
(kira-kira RM745.5 juta).
Ini merupakan rekod
untuk harga kedua paling tinggi bagi satu hasil karya seni yang dijual menerusi
sebuah acara pelelongan, menurut laporan stesen penyiaran
antarabangsa, British Broadcasting Corporation (BBC).
‘Nu couche‘
atau bermaksud telanjang sambil berbaring dilaporkan telah dijual di pusat
lelongan ternama, Christie’s New York dan dibeli oleh seorang pengumpul lukisan
nadir tidak didedahkan identitinya dari China.
Lukisan ini belum pernah
dijual kepada sesiapa dalam mana-mana acara lelongan secara terbuka sebelumnya
kerana dianggap merupakan sebahagian daripada koleksi peribadi seorang individu
selama 60 tahun.
Untuk rekod, harga karya
seni paling mahal pernah dicatatksan menerusi acara sedemikian ialah ‘Les
femmes d’Alger‘ oleh pelukis terkenal Pablo Picasso bernilai AS$179 juta
(kira-kira RM783.2 juta) pada Mei lalu.
Bagaimanapun ‘Nu
couche‘ pada mulanya dijangka oleh pihak Christie’s New York hanya dapat
dijual dengan harga paling tinggi pun ialah setakat AS$100 juta (RM437.5 juta)
sebelum acara lelongan tersebut berlangsung.
Harga ini sebenarnya
juga rekod bagi Modigliani sendiri. Lukisan itu dihasilkan pada 1917 dan pernah
ditayangkan buat kali pertama di Paris, Perancis pada tahun tersebut
bersama-sama dengan enam lukisan bogel yang lain.
Sekitar enam orang
dilaporkan bersaing sengit untuk mendapatkan karya unik tersebut dalam penjualan
ini dengan bidaan pembukaan AS$75 juta (RM328) berbanding tawaran asal hanya
AS$70 juta (RM306 juta).
Terdapat lagi 33 karya
seni lain yang turut dilelong pada hari berkenaan dengan nilai keseluruhan
penjualan dicatatkan ialah AS$494 juta (kira-kira RM2.2 bilion). –
Agensi/Mynewshub.cc/HAA
0 Response to "(VIDEO) LUKISAN BERUSIA 60 TAHUN PAPAR WANITA BOGEL DIJUAL RM 783 JUTA"
Post a Comment