SEKALI pandang, Izzy Barnett
kelihatan normal namun wanita berusia 29 tahun ini mempunyai cerita silamnya
sendiri.
Dia ketagih kepada filem lucah dan mula menontonnya
pada usia 22 tahun atas cadangan teman lelakinya.
Namun ketika itu dia tidak tahu bahawa tindakannya
menonton filem luc#h itu telah menjadikan dia ketagihan.
Akibatnya Izzy yang berasal dari Devon, UK ini
bukan sahaja kehilangan teman lelaki, malah dia hilang kerja dan rakan-rakan
selain menanggung hutang kerana melanggan laman web lucah.
“Saya begitu ketagih hinggakan saya terlupa makan
dan tidur. Sekarang ini jika difikirkan bagaimana saya boleh menontonnya, saya
akan berasa hendak muntah,’’ katanya yang kini semakin pulih daripada ketagihan
berkenaan.
Izzy, yang mula menonton filem lucah yang pertama
pada 2008 berkata dia berbuat demikian kerana tertekan selepas digugurkan
daripada kelas fotografi di sebuah universiti.
“Saya kemudiannya bertemu dengan seorang lelaki
yang berusia enam tahun lebih tua daripadanya dan terpesona dengan perhatian
yang diberikan.
“Saya ingin lebih berpengalaman di dalam bilik
tidur ketika bersamanya hingga menyebabkan saya menonton filem lucah,’’
katanya.
Izzy yang kini sendirian, tidak lagi menonton filem
lucah sejak keluar dari pemulihan pada 2013. Dia kini berharap untuk mencari
cinta sejati.
0 Response to "WANITA HILANG KERJAYA & TEMAN LELAKI AKIBAT KETAGIH FILEM LUCAH"
Post a Comment