
Melihat
apa yang terjadi pada kehidupan balu pelawak Harun Salim Bachik selepas kematian
pelakon tersebut begitu menyedihkan. Balu arwah, Surianti Mohd Noor serta dua
orang anaknya membuat keputusan membawa diri pulang ke kampung halaman kerana
tidak mampu menanggung sara hidup di kota. Menurut balu arwah perkara ini
terjadi apabila pelawak Achey tidak menyerahkan keseluruhan 'share' serta
keuntungan bersama modal yang telah diusahakan bersama arwah.
Suriati
juga turut menafikan tentang kenyataan Achey di mana sebelum ini memberitahu
pelawak itu sering menanyakan khabar mereka sekeluarga. Hakikatnya Achey tidak
pernah berbuat sedemikian sehingga timbul perasaan kesal di hati Suriati tentang
kenyataan pelawak yang merupakan anak didik arwah suaminya.
Untuk
mengetahu kisah sebenar perkara ini, Media Hiburan Online telah menghubungi bagi
mendapatkan penjelasan dari Achey sendiri. Ketika dihubungi timbul sedikit
kesedihan di suara pelawak ini apabila ramai yang menganggap dirinya terlalu
jahat sehingga sanggup melakukan perkara sedemikian terhadap keluarga arwah
tanpa selidik terlebih dahulu.
"Benda ini sebenarnya saya tidak mahu
panjangkan lagi kerana kesian dengan arwah. Apabila kenyataan ini keluar saya
anggap ini adalah bahagian yang perlu saya tempuh sebagai anak seni. Tentang
bertanya khabar itu sebenarnya saya lebih banyak berurusan dengan keluarga dan
anak isteri pertama arwah iaitu Along dan Bobo. Kita kena tahu arwah mempunyai
dua keluarga dan sememangnya saya rapat dengan keluarga isteri pertama arwah
kerana mereka yang banyak membantu saya ketika mengorak langkah menjadi anak
seni.
"Saya jarang berjumpa dengan Kak Sue dan hanya mengetahui
perkembangannya menerusi facebook sahaja, tambahan anaknya masih bersekolah.
Saya ingatkan dia Ok sahaja dan bagi saya jika dia mempunyai masalah pasti dia
akan bertanya kepada isteri saya. Selepas kematian arwah, saya tidak mahu
menganggu kehidupannya dan hanya menanya dan mengetahui tentang kehidupannya
menerusi waris arwah sahaja.
"Tidak dinafikan saya lebih banyak berurusan
dengan anak isteri pertama arwah dan dia kena tahu waris arwah bukan dia seorang
sahaja. Apabila perkara ini terjadi, anak isteri pertama arwah iaitu Bobo telah
memohon maaf dengan saya kerana nama saya turut terpalit dalam situasi ini.
Perkara ini sedikit sebanyak terganggu fikiran saya tambahan kedua ibu bapa saya
belum mengetahui perkara ini. Ibu bapa saya sudah berusia, jadi jika dia dengar
perkara ini pasti hati mereka juga turut risau," ujarnya.
Berkaitan perniagaan pula, Achey enggan mengulas
panjang dan baginya lebih baik menanyakan perkara ini kepada anak arwah iaitu,
Bobo.
"Saya tak berani nak cakap pasal perniagaan itu dan rasanya Bobo
lebih sesuai jelaskan perkara ini. Sebenarnya perniagaan tersebut tiada kena
mengena dengan arwah dan penama perniagaan tersebut ialah saya, Bobo dan seorang
lagi rakan kongsi.
"Sebenarnya mereka tidak tahu apa yang terjadi,tapi
main cakap sahaja. Kalau boleh saya mahu selesaikan perkara ini secara baik
kerana lebih selesa berbanding mengeluarkan kenyataan di mana-mana. Saya risau
dengan benda-benda begini kerana orang tidak tahu bagaimana proses yang perlu
saya tempuhi setelah arwah pergi. Orang anggap saya buruk tetapi saya hanya
mampu serahkan kepada Tuhan sahaja kerana hanya dia yang tahu hati saya," jelas
Achey .
0 Response to ""WARIS ARWAH BUKAN DIA SEORANG SAHAJA" - ACHEY BUKA MULUT"
Post a Comment