Waspada Kes Pukau Tepuk Bahu Di Mesin ATM


HEBOH di laman sosial Facebook dan WhatsApp sehari dua ini, berkenaan kejadian seorang lelaki yang dipukau sehingga kehilangan ribuan ringgit semasa berada di sebuah bank.
Mangsa dikatakan ingin memasukkan sejumlah wang ke dalam mesin deposit tunai (CDM) ketika dia disapa oleh dua individu dipercayai berbangsa Turki, seperti mana dipaparkan dalam visual CCTV.
gambo5
gambo6
Pada mulanya kedua-dua suspek mengajukan beberapa soalan ‘pancing’ kepada mangsa bagi membuktikan kononnya niat mereka hanya ingin bertanyakan soalan namun tidak lama kemudian, bermulalah modus operandi penjenayah terbabit.
Di bawah kami siarkan perkongsian oleh pengguna Facebook Saharuddin Ridzuan berkenaan kejadian pukau yang berlaku terhadap seorang kenalannya.
Diharapkan kita semua lebih berhati-hati dan peka selepas ini..
gambo1
MOHON SHARE & VIRALKAN
Pukau di ATM/CDM sekitar Lembah Klang
Sahabat baik saya baru sahaja kena benda ni. Mohon kita saling mengingati pada adik abg kakak saudara sahabat kita supaya berhati-hati dan lebih peka. Modus operandi mereka hampir sama. Saya lampirkan cerita dibawah sebagai ingatan.

Kejadian berlaku pada siang hari dan sahabat saya ini bukan keseorangan didalam bank atau lebih tepat orang ramai juga ada untuk urusan keluar masuk wang dlm ATM/CDM.
Mulanya mangsa mengeluarkan wang dari ATM yang berjumlah RM2,850 untuk dimasukkan dalam CDM. Selepas itu mangsa beratur menunggu giliran kerana 2 mesin CDM rosak hanya 1 mesin berfungsi. Kemudian datang 2 orang (mengaku orang Turki) bertanya soalan pada mangsa “adakah mesin ini menerima wang selain wang Malaysia?” Mangsa menjawab tidak dan seterus soalan-soalan yg melalaikan mangsa diaju. Tapi ketika ini mangsa masih menunggu giliran dan belum masukkan wang dalam CDM.
gambo4
Kemudian semasa tiba giliran mangsa untuk masukkan wang didalam CDM dan sedang memasukkan wang dalam slot CDM, pemukau datang dengan kelam kabutnya dan terus mengambil wang dari slot CDM dan bertanya “adakah wang Malaysia macam yang kamu pegang ini diterima dalam mesin?” Mangsa jawab ya. Sementara itu bahu mangsa ditepuk dan wang didalam slot CDM sudah separuh diambil oleh pemukau.
Kes yang hampir sama ada berlaku. Ini berpandukan laporan polis yg dibuat oleh mangsa lain. Jumlah wang didalam slot CDM & wang didalam poket beg wang diambil kira-kira RM5,000
Cara yang paling mudah dan selamat untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku adalah dengan tidak melayan mana-mana orang yang tidak dikenali ketika sedang mengeluarkan atau memasukkan wang di mana-mana bank.
Muka penjenayah ada disertakan. Lokasi dan bank mana saya rahsiakan atas permintaan pengurus bank tersebut. – MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Waspada Kes Pukau Tepuk Bahu Di Mesin ATM"

Post a Comment