Jika anda peminat setia Emma Maembong dan salah
seorang pengikutnya di Instagram, pasti anda mengetahui baru-baru ini beliau dan
adik- beradiknya berada di kota London untuk melihat perlawanan gusti WWE secara
langsung di Manchester. Malah, Emma juga keluarganya turut menggunakan
kesempatan tersebut untuk berkunjung ke Paris pula.
Namun, timbul sedikit keresahan di hati peminat beliau tentang keselamatan
Emma di sana selepas dunia dikejutkan dengan serangan berdarah di Paris yang
setakat ini sudah mengorbankan lebih daripada 100 nyawa pada hari Jumaat
lalu.
Walaubagaimanapun, Emma bersama adiknya, Chacha serta kakak dan abang ipar
iaitu Yaya Maembong dan Wan Raja sudah selamat pulang ke tanah air pada hari
Rabu lepas.
Alhamdulillah, saya dan ahli keluarga lain selamat sahaja kerana kami sudah
pulang sejak tiga hari lalu malah sekarang pun sudah mula kembali bekerja.
Mengetahui berita tentang kes tembakan dan letupan yang berlaku di dewan
konsert Bataclan Paris, Wan Raja meluahkan rasa syukur mereka tidak terlibat
dengan insiden tersebut.
Alhamdulillah, kami sudah balik dari bercuti. Kami ke sana pada 2 hingga 10
November untuk bercuti. Kami ke Paris sehari sahaja, selebihnya berada di
London.
Syukur mereka semua tidak terlibat dengan serangan pengganas tersebut.
Memang terkejut juga dengar berita macam ini, dunia sudah tidak aman tetapi
paling tak best bila serangan pengganas je mesti orang Islam yang akan
dipersalahkan.
0 Response to "Ya Allah ! Perkembangan Terkini Emma Maembong Di Paris Yg MENGEJUTKAN Peminatnya !"
Post a Comment